Di manakah anda sewaktu Messi memenangi Pyala Dooniya 2022?

320215989_740616217424258_6425393390702968940_n.jpg

Isnin, 19 Disember 2022, 8:35 pm58

Saya tengah coding redesign blog, sambil guna dua sambungan internet untuk tengok live 😅.

Satu Digi, satu Celcom, dua² line lembap kat area ni. Bila siaran kat sangkut, tengok kat phone. Phone sangkut, tengok TV. Kalau dua² sangkut, sambung 🥲.

Messi vs Mbappe ⁽¹⁾.

Separuh masa pertama, Argentina lebih teratur, France lambat settle down. Tak ada percubaan tepat oleh France, manakala Argentina mendahului 2 gol melalui penalti Messi & gerakan sepasukan yang disempurnakan oleh Di Maria.

Separuh masa kedua, France membuat beberapa pertukaran. Hasilnya, gerakan lebih berkesan. Gol pertama France diperoleh daripada penalti Mbappe. Kemudian dalam jarak 96 saat, Mbappe menyamakan kedudukan melalui sepakan volley.

Di masa tambahan kedua, Argentina mendahului sekali lagi. Sepakan jarak dekat pertama berjaya dihalang keeper France, tapi bola lantunan dirembat Messi ke dalam gol, walaupun ada defend yang menolak keluar, tapi bola dah lepas garis.

Argentina diambang kemenangan, rembatan Mbappe terkena tangan defend Argentina, dapat lagi penalti & Mbappe menjaringkan hatrik, pemain kedua dalam sejarah World Cup, hatrik di perlawanan akhir.

Penentuan sepakan penalti, dua sepakan France gagal, salah satunya diselamatkan Martinez, keeper Argentina.

Selepas 36 tahun, Maradona menjulang Piala Dunia untuk Argentina di Mexico, kali ini, Messi lakukannya sekali lagi di Qatar ⁽²⁾.

Juga, kali ini saia menang loteri ⁽³⁾, tapi takda hadiah 🤪.

Qatar berjaya menganjurkan kejohanan kali ini dengan cukup baik ⁽⁴⁾ & kita dapat menyaksikan banyak hiburan – Argentina kalah awal dengan Arab Saudi, Jerman pulang awal, Ronaldo CR7 tak dibagi main, Morocco masuk separuh akhir, Croatia jadi giant killer sekali lagi & final yang dramatik.

Ini penamat era Messi & Ronaldo. Next World Cup, nak tengok Mbappe jadi legend. Kalau ada Haaland pun lagi menarik. Cuma tengah cari² mana Itali? 😝

18/12
Argentina 3 – 3 France (penalti: 4 – 2) (https://youtu.be/bO161fFzti0)

⁽¹⁾ https://axello.net/argentina-juara-dunia-2022-sebuah-penamat-sempurna-untuk-kapitan-messi/
⁽²⁾ https://www.vocketfc.com/analisis-taktikal-kekuatan-mental-argentina-atasi-kebangkitan-perancis/
⁽³⁾ https://www.instagram.com/p/ClIYNn7PfX8/
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/12/1041225/qatar-penuhi-janji-buat-peminat-piala-dunia

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/820024775831103/

Tulis komen: