Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Seperti dijangka + separuh akhir Pyala Dunya 2022

320208759_5929619973772349_2898149248755078611_n.jpg

Khamis, 15 Disember 2022, 8:35 pm0

Kedua² pasukan pilihan berjaya ke akhir, yang kalah betting Brasil tempohari dah dapat refund? 🤪

14/12
Argentina 3 – 0 Croatia (https://youtu.be/Jg4xzpWBqKk)

Gol pertama daripada penalti Messi, selepas Alvarez 1-on-1 dengan keeper Croatia & keeper menghalang pergerakan.

Gol kedua daripada gerakan solo Alvarez, halangan defend Croatia tak cukup untuk mengubah gerakan bola yang kekal menuju ke hadapan & mudah ditolak ke gawang.

Gol ketiga, Messi dribble dari luar kotak penalti mencari ruang & memberi kepada Alvarez di tengah yang tidak dikawal.

15/12
France 2 – 0 Morocco (https://youtu.be/KEJzirwEVSg)

Gol pertama, Mbappe berebut bola di tengah, melepaskan sepakan tak tepat, melambung, dan disambut dengan libasan kaki tinggi Hernandez.

Gol kedua, Mbappe menggelecek hampir 5 orang defend Morocco, kemudian melepaskan bola kepada Kolo Muani yang mudah menolak bola masuk.

Morocco bermain bagus, tinggi penguasaan bola, cuma percubaan saja tak tepat, seperti sepakan gunting dalam gambar di atas.

Teori konspirasi: Messi & Mbappe sama² bermain dalam kelab Paris Saint Germain (PSG), kelab yang dimiliki oleh businessman dari Qatar 🫣.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/816752529491661/

Tulis komen: