Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

N9 merasai apa yang dialami Ulsan Hyundai + keputusan perlawanan ke-8 Liga Super 2022

279713411_529090698660744_6638713304882578590_n.jpg
280655047_529090721994075_6623754808951543150_n.jpg

Khamis, 12 Mei 2022, 8:50 pm0

*KL City vs Penang*

2 gol KL City dihasilkan dengan cara yang menarik. Gol pertama pada minit ke-43 oleh Partiban, rilek saja bola bergolek perlahan masuk dekat tiang gol.

Gol ke-3 KL City berpunca daripada sepakan suduk, kemudian ditepis keeper Penang & melambung tinggi sebelum diterajang secara scissor kick oleh Zhafri Yahya ⁽¹⁾. Calon Puskas? 👍

Casagrande (Penang) dilaporkan kurang cergas untuk perlawanan ini, tapi tetap juga dimasukkan pada separuh masa ke-2. Selepas masuk, Penang berjaya merapatkan kedudukan, daripada 0-3 kepada 2-3, tapi belum cukup untuk memperoleh kemenangan pertama.

N Sembilan vs JDT

Perlawanan antara 2 pasukan teratas ini, saya tak dapat tengok separuh masa pertama, problem dengan internet. Bila tengok keputusan separuh masa 0-0, boleh tahan juga pendatang baru dari Liga Perdana ni mengikat JDT.

Sepanjang separuh masa ke-2, ramai pemain N Sembilan dilihat mengalami kecederaan & kekejangan, terutama sekali penjaga gol, Syihan Hazmi. Nampak seperti dia tak dapat lagi nak buat sepakan gol.

Rupa²nya N Sembilan tengah buat taktik melengahkan masa, sampai ball boy pun nampak terhegeh² nak beri bola untuk lontaran masuk. Panas Mora kat jurulatih N Sembilan, K. Devan.

Sekali di penghujung masa, pengadil beri masa tambahan 10 minit, giliran K. Devan pulak tak puas hati. N Sembilan dapat peluang terbaik untuk score pada minit ke-99 menerusi larian A. Selvan & diberi kepada Kossi Adetu yang solo berdepan Farizal tapi sepakan chip nya melepasi palang.

Minit ke-100, pada gerakan terakhir sebelum pengadil tiup wisel penamat, Forestieri merembat dari luar penalti & bola menjunam masuk ke dalam gol. Macam match final, sampai satu stadium Mora berekot gembira 😂.

Lepas habis match, masih boleh lagi dilayangkan kad merah ⁽²⁾.

Sri Pahang vs Sarawak Utd

Mungkin betul jugak kata coach Satia, padang stadium Sarawak jaik, sebab tu kalau main tempat lawan boleh menang 😆.

Keputusan

10/5
KL City 3 – 2 Penang
PJ City 3 – 3 Kedah

11/5
Sri Pahang 1 – 2 Sarawak Utd
N Sembilan 0 – 1 JDT

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT ↑155001311215
N Sembilan ↓17421117414
Kedah ↑184131317-413
Sabah ↓1640294512
KL City ↑283141415-110
Selangor ↓1522112938
PJ City ↑172231113-28
Sri Pahang ↓27214911-27
Melaka Utd621368-27
Sarawak Utd ↑18215715-87
Terengganu ↓142025506
Penang7034712-53

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/video-lihat-gol-ikonik-di-canio-yang-dilakar-semula-zhafri-yahya-ke-gawang-penang/
⁽²⁾ https://makanbola.com/5-drama-perlawanan-negeri-sembilan-menentang-jdt/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/529090741994073/

Tulis komen: