Idea resipi guna mi tarik labu

Selasa, 7 Februari 2023, 8:40 pm175

Idea guna mi tarik labu.

Cara masak mi ini sama macam masak . Letak dalam air mendidih & rebus selama 10 minit, barulah mi betul² al dente.

Lepas rebus mi, tukar air baru, kemudian didihkan lagi sambil bubuh pes oden Adabi perisa kimchi. Bila mula mendidih, baru masukkan sayur & lauk ikut suka sendiri.

Untuk menu ini, saya ada letak hirisan bawang merah, crab stick, hati & badal ayam, dan sayur bayam.

Menu ini pulak, lepas rebus mi, saya letak bawang putih, hirisan bawang merah, pes oden kimchi & dada ayam.

Rebus untuk 15 minit, sambil terbalik²kan dada ayam setiap 2-3 minit supaya masak sekata. Tambah sayur bayam kira² 2-3 minit sebelum nak dihidang, sebab bayam sekejap saja dah layu.

Kalau rebus lama sehingga airnya berkurangan jadi pekat macam ni, barulah kuahnya rasa penuh.

Penuh nikmat 😋.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/01/ini-baru-ngam-ramen-pes-oden-adabi/

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/854352579064989/

Tulis komen: