Ini baru ngam, ramen + pes oden Adabi

Ahad, 8 Januari 2023, 2:55 pm346

Berbanding eksperimen lalu menggunakan sos pedas untuk ayam goreng ⁽¹⁾, jadinya terlalu pedas.

324022238_1793242077743722_2124372969597038131_n.jpg
Ramen / udon dengan pes oden perisa tomyam / kimchi.

Pes tomyam lebih kuat rasa pedas hangat daripada serai. Juga lebih berasa masam limau & pesnya nampak lebih berminyak.

Pes kimchi pula kurang pedas, lebih kepada rasa manis. Ada aroma seperti pes nasi goreng Adabi, terutamanya ada bau udang/belacan. Warnanya juga lebih kemerahan, tak berapa berminyak.

Mi udon lebih tebal daripada ramen, sesuai untuk digunakan dalam laksa. Teksturnya lebih kenyal, tak kembang lepas direbus lama², berbanding ramen yang jadi lembut bila direbus lama.

324561924_879090130182780_6697708010871178473_n.jpg
mi udon dengan pes tomyam ditambah paha ayam.

Kalau tak tambah ayam, hanya perlu panaskan air dalam periuk, bubuh pes oden tomyam & didihkan.

Untuk menu ini, saya didihkan paha ayam dengan bawang putih terlebih dahulu, dalam kira² 5 minit. Lepas tu barulah bubuh pes tomyam.

Kemudian boleh tambah apa² ramuan lain yang dikehendaki. Saya tambah kobis napa & tofu. Seterusnya masukkan mi udon & akhir sekali telur rebus. Biarkan mendidih untuk 3-4 minit lagi, sebelum boleh .

😋

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/10/jangan-abai-label-pedas-kat-paket-tu-%f0%9f%8c%b6/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/834292551070992/

Pingback: Idea resipi guna mi tarik labu

Pingback: Makaroni tomyam sardin, fusion ‘i-thai-li’

Tulis komen: