Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Makaroni tomyam sardin, fusion ‘i-thai-li’

E4088C58-318A-4940-8769-DB59641AB6F6.jpeg

Ahad, 10 September 2023, 7:55 am0

Adakah ini bakal buatkan nenek moyang orang Itali menangis? 😅

  • Rebus makaroni sampai al-dente.
  • Tukar air rebusan dengan air baru.
  • Masukkan pes oden tomyam Adabi ⁽¹⁾.
  • Masukkan bawang putih, hirisan bawang merah, potongan sayur daun kailan & rebus semula.

Bila bawang & sayur semua dah layu, pindahkan ke dalam mangkuk & masukkan isi ikan sardin. Lama tak ikan, tuna untuk sandwich tu tak kira, sebab dah banyak diproses, tak nampak bentuk ikan lagi.

Ini resipi semalam, lepas balik dari workshop ⁽²⁾, hari hujan lebat, pemandangan jadi terhad sampai jem atas Jambatan Pulau Pinang. Dalam kereta kesejukan, lepas menghirup sup panas ni, segar balik badan ☺.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/01/ini-baru-ngam-ramen-pes-oden-adabi/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/09/lampu-abs-menyala-kat-instrument-cluster-sebab-wheel-speed-sensor-dah-out/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/976784303488482/

Tulis komen: