Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Musim bola telah bermula

332995087_924369365231405_1498387767530233656_n.jpg

Jumaat, 24 Februari 2023, 10:55 pm0

Musim 2023 dimulakan dengan perlawanan sumbangsih antara juara & naib juara liga super tahun lalu. Walaupun ada perubahan barisan pemain & jurulatih, namun masih terdapat persamaan seperti musim lalu.

Bergson, Forestieri & Arif Aiman masih rangkaian serangan utama JDT. Keeper utama dah tukar daripada Farizal kepada Syihan. Coach JDT pun dah tukar kepada Esteban Solari, Bidoglio naik pangkat jadi pengarah teknikal. Safawi pula dipinjamkan ke Ratchaburi FC.

Di kem Terengganu pula, Faisal Halim dah pindah ke Selangor, Tchetche Kipre dah ke KL City, Nafuzi Zain pula jadi coach Kedah. Penyerang baru Ivan Mamut nampak berbisa, cuma belum lagi menemui jaringan.

24/2
JDT 2 – 0 Terengganu

P.s: imbasan hari ini dalam sejarah, Rusia memulakan perang ke atas Ukraine setahun yang lalu ⁽¹⁾.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/02/perang-telah-bermula/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/865917434575170/

Tulis komen: