Nampak macam periuk nasi mini yang boxcar camper Jepun pakai

Isnin, 27 Februari 2023, 9:55 pm0

Seperti yang Moriko pakai ⁽¹⁾ semasa bercamping dalam kereta kotak Honda N-Van. Dulu Dentan pun ada pakai ⁽²⁾ waktu dia masih ada Suzuki Spacia, sekarang dah tukar pakai Jimny, buat jadi .

333668247_8693961754011978_7154782914383385477_n.jpg
Saiz dia agak² besar toaster roti.
333824589_499935285678560_8522040688804740304_n.jpg
Dalamnya ada 2 mangkuk besi.

Satu mangkuk boleh masak nasi, satu lagi masak lauk & sayur.

333999990_6258184104199862_5847238246632474407_n.jpg
Guna 250W kuasa elektrik AC 250V. RM65 di Mr. DIY Tanjung Pinang.

Kalau nak pakai pergi , kena pakai portable power station seperti EcoFlow River 600 ⁽³⁾.

AC output power station EcoFlow ialah 600W, dan kuasa elektrik yang digunakan periuk nasi ialah 250W, lagi rendah jadi dapatlah pakai.

Kapasiti power station EcoFlow ialah 288Wh (watt hour), bermaksud kalau periuk nasi ini memerlukan 288W untuk beroperasi & dipasang selama satu jam, power station akan habis.

333843997_107165618919448_4537577537328729727_n.jpg
Ekstra: mesin jahit pun ada jenis berbateri & pengecasan USB.

Bagus jugak ni, kalau ada pakaian koyak atau nak buat projek yang memerlukan jahitan, tak perlu guna jarum secara manual lagi.

Cuma agak ragu² berkenaan tahap ketahanan mesin ni, jangan² sekali pakai terus rosak 🥴.

⁽¹⁾ https://youtu.be/tdqu2lampYE?t=376
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/06/pernah-tengok-periuk-nasi-saiz-bekas-pensel/
⁽³⁾ https://invol.co/clgznbl

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/867807944386119/

Tulis komen: