Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kita memperoleh kemenangan yang kedua!

FE58564A-B693-4B2E-9D45-2ACDD162C09D-scaled.jpeg

Rabu, 29 Mac 2023, 9:50 pm0

Skuad senior menghadapi 2 perlawanan persahabatan tier 1, manakala skuad bawah-22 mengharungi kejohanan Piala Merlion.

Skuad senior, persahabatan tier 1

23/3
Malaysia 1 – 0 Turkmenistan (https://youtu.be/dr0lQ6gYbT4)

Akhyar jarang diturunkan dalam Liga Super, walaupun kurang minit permainan, tapi kualiti jaringannya mengagumkan. Nampak tiada ruang untuk melepaskan sepakan tapi dapat juga dia menjaringkan gol ⁽¹⁾.

28/3
Malaysia 2 – 0 Hong Kong (https://youtu.be/kO_tlcK_0tU)

Malaysia main high pressing, merampas bola daripada pertahanan Hong Kong untuk Faisal Halim assist & menghantar bola kepada Akhyar untuk gol pertama.

Faisal Halim yang kemarau gol di Liga Super, berjaya menjaringkan gol ke-2, berpunca daripada hantaran Darren Lok & mengawal bola melepasi pertahanan Hong Kong ⁽²⁾.

Ranking FIFA terbaru, naik 4 anak tangga ke kedudukan 138.

Skuad B-22, Piala Merlion

24/3
Kemboja 2 – 4 Malaysia (https://youtu.be/wwcCZqaYJdU)

Kesilapan keeper M’sia, Rahadiazli yang menahan bola dengan kaki, agak lama sebelum mengutip bola tersebut, tapi berjaya dicuri oleh pemain Kemboja untuk gol pertama mereka.

26/3
Hong Kong 1 – 2 Malaysia (https://youtu.be/D676TLdCe0A)

Sekali lagi kesilapan Rahadiazli semasa nak buat clearance, menyepak angin, dan Hong Kong dapat satu gol saguhati ⁽³⁾.

Sejak diperkenalkan pada 1982, ini kali pertama Malaysia menjuarai Piala Merlion.

Dalam perlawanan antarabangsa lain, kejutan lagi apabila Maghribi menewaskan Brazil ⁽⁴⁾.

⁽¹⁾ https://www.vocketfc.com/analisis-malaysia-atasi-turkemenistan-dengan-permainan-progresif/
⁽²⁾ https://www.vocketfc.com/analisis-hong-kong-tak-ada-idea-tentang-high-pressing-malaysia/
⁽³⁾ https://www.vocketfc.com/rahadiazli-mohon-maaf-terima-kritikan-dengan-hati-terbuka/
⁽⁴⁾ https://axello.net/maghribi-tewaskan-pasukan-no-1-dunia-brazil-pada-hari-keraian-di-grand-stade-de-tanger/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/884788206021426/

Tulis komen: