2 perkakas ini cukup untuk buka dalaman kereta
Selasa, 6 Jun 2023, 7:30 pm
Skru mata Philips dan socket set 10 hingga 14mm.


Socket set ni saya lupa apa namanya sebelum ke Mr. #DIY, hanya ingat playar & sepana .
Memang berbaloi, berbanding beli sepana boleh laras atau sepana spesifik saiz. Mudah nak guna untuk pulas buka bolt & nat kat tempat yang sempit.
Saiz maksimum socket set ini ialah 14mm. Satu² bolt yang saya kena guna sepana boleh laras ialah pada tali pinggang kerusi belakang.

Objektif sekarang adalah untuk mencuci seat & carpet bagi membuang segala bau²an yang kurang menyenangkan. Nak kata bau asap, tak juga 100% asap. Selalu sakit kepala kena bau ni.

Keadaan seat & carpet tidaklah terlalu kotor bertanah berdaki, cuma sedikit berhabuk & ada seperti tumpahan minyak kat carpet bahagian belakang. Tu yang boleh nampak kapas bawah carpet sampai melekat ke lantai kereta.


Berguna jugak lampu² LED ⁽¹⁾ yang dibeli untuk pergi camping, tapi hujung² guna untuk restore kereta. Gelap kat tempat parking ni walaupun hari siang.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/03/menguji-berapa-lama-lampu-camping-usb-menyala/