Menguji berapa lama lampu camping USB menyala

Sabtu, 4 Mac 2023, 6:50 pm169

Nama produk ialah USB Night Light ZRD-01 jenama Mr. DIY, kat kotaknya tak ada maklumat berapa kapasiti . Nak tahu kena buat eksperimen sendiri.

329021312_134726069522060_2417916883938226755_n.jpg
Mula² cas sehingga lampu merah bertukar warna hijau, tandanya bateri penuh.

Eksperimen bermula semalam pada jam 15:20.

330298481_1402991657193119_8817723948550428649_n.jpg
Cahaya lampu mula jadi malap selepas 3 jam.

Kemudian ia berterusan malap, tapi tak padam. Sehingga jam 13:16 hari ini, lampu masih menyala cuma sangat malap & tak dapat digunakan untuk menerangi ruang.

Bezanya lampu ini dengan mentol LED yang saya uji dulu ⁽¹⁾, ialah ia ada bateri sendiri, tak perlu sambung dengan power bank untuk beroperasi. Ia juga ada 3 mod lampu – terang, kurang terang & kelip².

Kebaikan lampu jenis begini ialah mudah untuk diletakkan di mana², tak terikat dengan bilangan atau saiz power bank.

Kekurangan pula saiz baterinya yang agak kecil, tempoh penggunaan pula lebih pendek. Untuk aspek ini mentol yang bersambung dengan power bank lebih baik, seperti eksperimen dahulu, satu power bank 20 Ah boleh nyala 3 mentol LED sampai 11 jam.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/08/berapa-lama-mentol-led-menyala-menggunakan-powerbank/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/870541347446112/

Pingback: 2 perkakas ini cukup untuk buka dalaman kereta

Tulis komen: