Baru tau cara lipat habis seat belakang PoloSedan

Ahad, 19 Mac 2023, 7:45 pm429

6707BF9C-5FAC-46FD-ABC6-D1BE916E79A8-scaled.jpeg
Kena buka tempat duduk barulah dapat lipat sehingga rata permukaan dengan but belakang.
CFEB493A-75AC-4F42-A9AD-7B4FCBE251F5-scaled.jpeg
Langkah pertama selalunya mengerikan 😅.

Kena tarik seat ke atas, kemudian ia akan menyusur ke depan, sebab ada sambungan pada badan .

Akan ada bunyi macam patah, tapi itu hanya bunyi besi penyambung yang berlipat kat bawah seat.

62B4145A-D267-495C-B084-16ACCFAACC93-scaled.jpeg
Walaupun seat dah dinaikkan, belum dapat lagi turunkan belakang seat sehingga rata.

Seat tersambung pada badan kereta menggunakan penyangkut (hook), tak ada bolt atau skru, jadi mudah untuk dibuka.

Adjust kedudukan seat sehingga mudah mengeluarkan hook tersebut, tak perlu guna tool atau kudrat yang banyak.

9D6AD594-E20F-4CD0-B8FC-5C75A69A1B1D-scaled.jpeg
Panjang dari belakang seat pemandu hingga pintu but belakang ialah 180cm.

Cukup² ruang untuk guring, cuma kena letak objek tebal untuk menambah ketinggian permukaan di but supaya sekata rata.

Juga terdapat ruangan di belakang seat pemandu, kira² 30cm panjang & 32 cm tinggi. Nak kena diisi dengan kotak plastik yang agak² sama saiz.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/879351969898383/

Tulis komen: