Kereta tak berjalan, buka seat & cuci
Khamis, 17 Jun 2021, 8:55 pm897
Kereta tak berjalan, buka seat & cuci.
Saya nak cuba produk ni, foam cleaner brand Getsun, nak tengok berapa berkesan untuk mencuci kotoran pada seat #kereta #vivaturbo. Dah beli lama sebelum PKP, belum lagi pakai, baru sekarang ada datang rajin sikit nak #DIY .
Foam cleaner ni apabila disembur, akan menghasilkan buih halus, ada bau wangi lemon. Ia tak terlalu basah, jadi seat kereta dapat kering dengan cepat. Tapi itu juga saya rasa kekurangannya, sebab kena sental seat tu lebih sebelum kering, untuk tanggalkan kotoran.
Gambar selepas tu adalah lepas 3 kali disembur & diberus menggunakan berus yang ada pada penutup spray. Ada la kurang sikit nampak garis peta tu, kalau nak betulยฒ bersih mungkin kena cuci berkaliยฒ lagi .
Dua seat depan dah cuci, seat belakang kena tunggu mood rajin datang lagi next time .