2 perkakas ini cukup untuk buka dalaman kereta

Selasa, 6 Jun 2023, 7:30 pm94

2 perkakas ini cukup untuk buka dalaman kereta.

Skru mata Philips dan socket set 10 hingga 14mm.

Socket set ni saya lupa apa namanya sebelum ke Mr. , hanya ingat playar & sepana 😅.

Memang berbaloi, berbanding beli sepana boleh laras atau sepana spesifik saiz. Mudah nak guna untuk pulas buka bolt & nat kat tempat yang sempit.

Saiz maksimum socket set ini ialah 14mm. Satu² bolt yang saya kena guna sepana boleh laras ialah pada tali pinggang kerusi belakang.

Objektif sekarang adalah untuk mencuci seat & carpet bagi membuang segala bau²an yang kurang menyenangkan. Nak kata bau asap, tak juga 100% asap. Selalu sakit kepala kena bau ni.

Keadaan seat & carpet tidaklah terlalu kotor bertanah berdaki, cuma sedikit berhabuk & ada seperti tumpahan minyak kat carpet bahagian belakang. Tu yang boleh nampak kapas bawah carpet sampai melekat ke lantai kereta.

Berguna jugak lampu² LED ⁽¹⁾ yang dibeli untuk pergi camping, tapi hujung² guna untuk restore kereta. Gelap kat tempat parking ni walaupun hari siang.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/03/menguji-berapa-lama-lampu-camping-usb-menyala/

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/923277032172543/

Tulis komen: