Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mula berkebun dalam bilik 🪴

Ahad, 9 Julai 2023, 9:45 pm0

Tujuannya hanya untuk tanam sayuran daun seperti daun bawang (spring onion), ketumbar (coriander), kucai (chive) & daun sup (chinese celery).

Pergi ke Giant, hanya jumpa benih ketumbar, daun sup dan bayam daun hijau.

F5526220-C3FF-4495-99E8-D2385845FADD-scaled.jpeg
Bilik stor untuk jemur tuala ditambah meja bertanam sayur.
D48EF299-BEC1-4F67-90FD-672DAC9412FA-scaled.jpeg
Media tanaman menggunakan tanah pelbagai guna. Sebungkus RM5 dengan isipadu 7L.
9DF75B78-82F8-45F3-B512-53852A7F62BF-scaled.jpeg
Bekas tanaman pula menggunakan pasu plastik segi empat.

Di dasar pasu saya letak kotak untuk menghalang tanah daripada keluar, manakala membenarkan air meresap keluar. Ini adalah cubaan awal, sebab ada kemungkinan air berkumpul pada lapisan kotak ini dalam jangka masa panjang, yang akan menyebabkan masalah kulat. Harapnya lebihan air akan mengalir keluar & mengering.

Sebungkus tanah 7L tadi dapat mengisi 2 pasu plastik begini.

B3500B43-6FB0-4D6E-AA6B-F9E960E1D718-scaled.jpeg
Dari kiri ke kanan: daun ketumbar, daun sup & bayam dalam 2 pasu.

Lepas benih disemai, saya siram sedikit tanah & ditutup dengan kotak bagi mengekalkan kelembapan.

45AE7D72-56A9-4F9F-8387-81F4DCFB332D-scaled.jpeg
Benih bayam bercambah dalam dua hari. Akarnya terlalu halus, nampak macam berbulu dah tumbuh kulat.
16F673E0-C48A-4E02-A4AA-21BDE85DB973-scaled.jpeg
Benih ketumbar pula bercambah lepas 7 hari.

Malangnya benih daun sup tak tumbuh². Mungkin benih dah expired. Bila buka benih dari bungkusan, nampak macam dah jadi serbuk.

E4C2A641-BA97-412E-9517-4F72A280B13E-scaled.jpeg
Simptom kekurangan cahaya matahari.

Anak pokok tumbuh memanjang & batangnya kurus, tercari² cahaya matahari untuk membuat makanan (fotosintesis). Ini kena pasang LED grow light nampak gayanya.

Buat masa sekarang, saya letak pasu² di atas timbunan kotak, bagi lebih banyak cahaya matahari sampai kena permukaan tanah.

B363ED05-4CB6-428D-BF81-9796E429E51F-scaled.jpeg
Baru beli baja NPK organik tadi.

Juga dikenali sebagai baja tahi ayam 🐓. 532 tu kadar NPK baja – 5 bahagian Nitrogen, 3 bahagian Phosphorus dan 2 bahagian Kalium (potassium). Selalunya tanaman berdaun memerlukan elemen N (nitrogen) yang lebih banyak.

Buat masa sekarang saya siram secara manual, tiap malam. Nanti nak cuba buat sistem auto watering DIY, untuk mengelak tanah & tanaman jadi kering. Sekarang ni kan dah mula musim El-Nino.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/942740070226239/

Tulis komen: