Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Macam mana nak scan QR kod dari e-wallet kat POS terminal ni?

1A610008-875E-4441-88B0-EBD6B1D41742.jpeg

Selasa, 11 Julai 2023, 10:35 pm0

Ini contoh POS (point-of-sale) terminal kat kiosk .

Nampak anak panah warna kuning yang saya lukis tu? Itu adalah arah scanner QR code untuk terminal ini.

Kalau nak guna , contohnya Touch n’ Go, tunjukkan QR code yang dipaparkan pada app untuk membayar, pada arah scanner ini.

Mula² saya tengok gambarajah yang tertera pada skrin POS terminal ni, agak terpaku beberapa saat, nak proses maksud grafik yang tunjukkan – tercari² kat mana pulak kamera atau scanner QR code untuk terminal ni 😅.

Ada juga kat kaunter pembayaran, scanner QR code berada di belakang POS terminal. Cashier akan angkat terminal tersebut & scan seperti menggunakan smartphone.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/943843136782599/

Tulis komen: