Mula berkebun dalam bilik
Ahad, 9 Julai 2023, 9:45 pm0
Tujuannya hanya untuk tanam sayuran daun seperti daun bawang (spring onion), ketumbar (coriander), kucai (chive) & daun sup (chinese celery).
Pergi ke Giant, hanya jumpa benih ketumbar, daun sup dan bayam daun hijau.
Di dasar pasu saya letak kotak untuk menghalang tanah daripada keluar, manakala membenarkan air meresap keluar. Ini adalah cubaan awal, sebab ada kemungkinan air berkumpul pada lapisan kotak ini dalam jangka masa panjang, yang akan menyebabkan masalah kulat. Harapnya lebihan air akan mengalir keluar & mengering.
Sebungkus tanah 7L tadi dapat mengisi 2 pasu plastik begini.
Lepas benih disemai, saya siram sedikit tanah & ditutup dengan kotak bagi mengekalkan kelembapan.
Malangnya benih daun sup tak tumbuh². Mungkin benih dah expired. Bila buka benih dari bungkusan, nampak macam dah jadi serbuk.
Anak pokok tumbuh memanjang & batangnya kurus, tercari² cahaya matahari untuk membuat makanan (fotosintesis). Ini kena pasang LED grow light nampak gayanya.
Buat masa sekarang, saya letak pasu² di atas timbunan kotak, bagi lebih banyak cahaya matahari sampai kena permukaan tanah.
Juga dikenali sebagai baja tahi ayam . 532 tu kadar NPK baja – 5 bahagian Nitrogen, 3 bahagian Phosphorus dan 2 bahagian Kalium (potassium). Selalunya tanaman berdaun memerlukan elemen N (nitrogen) yang lebih banyak.
Buat masa sekarang saya siram secara manual, tiap malam. Nanti nak cuba buat sistem auto watering DIY, untuk mengelak tanah & tanaman jadi kering. Sekarang ni kan dah mula musim El-Nino.
Keputusan perlawanan ke-14 & 15 Liga Super 2023
7 Julai 2023