Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara susun album sama tahun dalam iTunes

Khamis, 10 Ogos 2023, 10:50 pm0

Tahun 2012, Green Day menerbitkan 3 album penuh dalam setahun.

AC94BC45-5CF3-431E-912C-7A8672894C05.jpeg
Dah 11 tahun album² ni, baru nak start layan, itupun lepas pasang sepanjang jalan² ke pantai timur ⁽¹⁾.

Kalau edit album info, pastu hanya letak nama album, nanti iTunes akan susun ikut huruf pada nama album.

3123972E-2DE0-4104-8792-1CDE546C0BCF.jpeg
Saya nak susun ikut tarikh terbitnya album, yang terbit dahulu paling atas.

Caranya ialah pada tab Sorting > Album, pada ‘sort as’, paling ringkas, letak nombor 1 untuk album yang keluar dahulu, 2 dan seterusnya untuk album yang kemudian.

Di sini saya letak info lebih sikit – nama band & tarikh album diterbitkan. Kalau lepas set tapi masih tak susun ikut turutan, tutup iTunes & buka balik (restart app).

Dapat dilihat, dalam suku ke-4 tahun 2012 sahaja, Green Day menghasilkan 37 untuk 3 album studio.

Antara lagu yang best dalam album² ini:

Album Demolicious tu pula keluar tahun 2014, mengandungi lagu² daripada 3 album sebelumnya versi demo. Album seterusnya, Revolution Radio, diterbitkan pada 2016, kiranya album terakhir yang mempunyai ciri tradisional Green Day.

Bermula dengan album Father of All ***, kemudian No Fun Monday (mengikut discography di Spotify), semuanya dah start macam muzik pop tepuk amai² sambil mengilai² 🤣.

Dah tak punk rock lagi, tinggal Bowling for Soup saja yang kata pop drunk snot bread (pop punk’s not dead) 🤘.

815B4EE5-5083-4B59-B482-8ED82B331BFE.jpeg
dah awal guna nama X pada lagu mereka, Mas Elon yang tiru untuk tukar nama Twitter ⁽²⁾ 🫢.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/tag/rayapantaitimur/
⁽²⁾ https://www.macrumors.com/2023/07/24/twitter-rebranded-as-x/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/959970865169826/

Tulis komen: