Album terbaru Green Day ni dah kurang mengilai

1A8957A5-D3EB-4716-9B09-A61E2D86BBA7.jpeg

Jumaat, 19 Januari 2024, 3:40 pm0

Kembali kepada corak era antara album Revolution Radio & Uno Dos Tres.

Balik kepada pop punk yang lebih rancak. Lebih jelas bunyi pattern drumbeat Green Day & vokal Billie Joe.

Antara yang best adalah seperti Suzie Chapstick, susunan chord & nyanyian macam lagu yang kami buat zaman sekolah menengah dulu 😝.

Lagu Fancy Sauce pulak bunyi macam lagu mendodoikan anak, ‘lagu rakyat’ orang Amerika 😆.

Lagu Father To A Son, saya jangka akan menjadi hit single yang sama epik seperti Wake Me Up When September Ends.

Best ni, ada album baru untuk didengar sepanjang road trip awal pagi esok 🎧.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1049194572914121/

Tulis komen: