Dua lagu baru System of a Down selepas 15 tahun

123986271_191583112411506_629916912481673150_n.jpg

Sabtu, 7 November 2020, 10:20 am576

Sebelum ini telah beberapa kali cuba kembali semula dengan album baru, selepas album terakhir, Hypnotize, pada tahun 2005, tapi sering tidak sependapat dalam proses penghasilan . Kali ini, disebabkan oleh perang di Nagorno-Karabakh, ataupun dipanggil Artsakh oleh orang Armenia, barulah mereka setuju untuk bergabung semula dan menghasilkan lagu di bawah label kumpulan System of a Down.

Lagu ‘Protect the Land’ ditulis oleh Daron Malakian 1½ tahun lalu, selepas menulis lagu ‘Lives’ untuk album Dictator oleh Scars on Broadway. Lagu ‘Genocidal Humanoidz’ juga ditulis oleh Daron kira² 2-3 tahun lalu semasa sesi jamming bersama ahli SOAD yang lain, John Dolmayan, Shavo Odadjian & Serj Tankian, tapi Serj pada masa itu enggan memberi komitmen untuk menghasilkan album penuh, lalu lagu itu diabaikan.

Secara , melodi lagu² ini lebih condong kepada bunyi Scars on Broadway sebab kesemuanya ditulis Daron. Lebih banyak irama metal dan riff gitar yang berat, berbanding muzik yang dibawa Serj dalam beberapa album solonya, yang lebih melodik, lebih bunyi orkestra / simfoni yang dicampur dengan elemen metal dan irama timur tengah.

Tujuan SOAD menerbitkan lagu² ini sekarang adalah untuk menyebarkan kesedaran ramai tentang perang di Artsakh. Kesemua ahli SOAD merupakan keturunan Armenia yang terselamat daripada genocide yang dilakukan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1915. Menurut mereka, perang kali ini merupakan ulangan kepada genocide kerana Turki menyokong Azerbaijan dalam cubaan menghapuskan orang Armenia termasuk sejarah & budaya Armenia dari tanah Artsakh.

Isu ini sudah diulas oleh ARW di https://www.thepatriots.asia/apa-yang-korang-perlu-tahu-pasal-konflik-armenia-azerbaijan/, jadi tak perlulah dipanjangkan. Cuma kena sedar yang ini bukanlah ‘perang suci’ oleh sebab Azerbaijan negara majoriti Muslim dan Armenia majoriti Kristian, ini hanyalah perang disebabkan masalah legasi Soviet Union dulu. Bagi saya, mereka kena buat cara diplomasi Malaysia – hentikan serangan & kembali ke meja rundingan, settle cara aman.

Sumber: https://www.rollingstone.com/music/music-features/system-of-a-down-new-songs-protect-the-land-genocidal-humanoidz-1085942/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/191583109078173/

Tulis komen: