Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Harap nanti JPJ buat road tax jenis PDF yang boleh sendiri print

Sabtu, 5 Ogos 2023, 3:55 pm0

Oleh kerana sekarang dah tak wajib tampal road tax, jadi tak ada isu tentang road tax palsu. Semua boleh check guna app.

AA6CABF8-4ABA-4895-AEC8-DAC56724EE12.jpeg
Sticker road tax ni beli waktu pergi ke JB tahun lalu ⁽¹⁾.

Design road tax JPJ pun dah tak wajib bentuk segi empat melebar begini. Boleh buat design segi empat menegak tinggi. Supaya tak tutup banyak permukaan windshield, dan dapat lihat pemandangan depan lebih luas.

Dalam road tax tu, kat baris pertama letak tahun. Baris kedua letak nombor plat kenderaan. Baris seterusnya, info² lain yang manusia boleh baca, dan baris terakhir, info yang komputer boleh baca, iaitu QR code.

Selain itu, sticker road tax ini juga boleh berfungsi sebagai elemen personalisation. Contohnya sekarang dah masuk bulan Ogos, bulan kemerdekaan, kalau tak nak lekat bendera kat , boleh letak sticker dengan design bendera Malaysia.

Sekarang dah tak popular lekat bendera kat kereta, mungkin sebab gam double tape untuk lekatkan bendera tu boleh merosakkan cat kereta, ataupun bila gam tu dah tak melekat lagi, bendera yang terjatuh tu mengotorkan jalan raya.

Bulan lalu dah pasang sticker bendera Sarawak ⁽²⁾, bulan ni sampai bulan September, pasang sticker bendera Malaysia 🇲🇾 kat .

Elemen personalisation yang biasa orang buat seperti tukar sport rim, tukar bodykit, letak decal atau wrapping, kebanyakannya mahal, jadi sticker road tax ini adalah pilihan paling murah.

2F7E01AD-A205-482A-8312-3657C8754122.jpeg
Cawan terakhir tenggek ⁽³⁾, ada masa lagi nanti pergi beli lagi dari Tanjung Piai.

Kopi ini hanyalah rasa kopi kampung biasa, tapi yang buatkannya istimewa ialah tempat ia dijual, di penghujung paling selatan benua Asia.

Menteri KPDN yang meninggal baru² ini ⁽⁴⁾ pun dikebumikan di Kampung Serkat, Tanjung Piai, . Beliau merupakan menteri yang memperkenalkan konsep Menu Rahmah, dan pelbagai produk rahmah yang lain, yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga pasaran.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/penang–jb-evoclub-southern-siege-drive-hari-ke-1/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/07/sambutan-hari-sarawak-kat-penang/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2023/02/unboxing-set-combo-kopi-tenggek-dari-tanjung-piai/
⁽⁴⁾ https://www.sinarharian.com.my/article/269719/berita/nasional/jenazah-salahuddin-akan-dikebumikan-di-tanjung-piai

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/957115825455330/

Tulis komen: