Roti mochi coklat, tak macam mochi biasa

Isnin, 21 Ogos 2023, 9:55 pm62

Ingatkan tekstur lembut tepung pulut dengan inti coklat 😋.

A4798824-5BB7-410E-9AB7-97BFFAB45F6A.jpeg
Senang cakap ini mini bun coklat.

Tekstur roti tu sedikit macam custard bun, lebih kenyal daripada roti bun biasa. Itu kali ciri² mochi yang ada pada snek ini.

8BBC71B1-DCAC-4D31-91AA-0CE65F602578.jpeg
Beli kat Family Mart, jarang jumpa, mungkin kerap sold out.
33955D04-F157-4053-8489-703D62004750.jpeg
Minggu ni mengidam waffle dengan peanut butter pulak.

Minggu lalu dah roti dengan peanut butter crunchy, minggu ni upgrade ke waffle 🧇.

Berkenaan peanut butter, ada terjumpa jenama Jobbie kat Mydin Bukit Mertajam. Ianya brand tempatan yang pernah Bobby Ang review dulu ⁽¹⁾, hanya dijual online sebelum ini, tapi harganya premium. Untuk bekas saiz lebih kurang yang dalam gambar, dalam RM20 lebih.

Brand CED tu hanya RM6 lebih.

302121A5-EEE1-4142-A649-912CB283E41C.jpeg
“Perisa blueberry~”, cakap macam Ucop Wilcha sambil tangan melentok² 😂.

Harga satu RM1.50, tak perlu toast, boleh makan terus. Walaupun favourite saia coklat, tapi aroma blueberry tu memang fresh, esok nak beli lagi 😬.

⁽¹⁾ https://youtu.be/YMi9AOMyEGc

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/966175184549394/

Pingback: Stok lama guna bekas kaca

Tulis komen: