Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Muze @ PICC dah nak siap

1623BC53-A5CE-4742-9B33-9434013B6D7F.jpeg

Isnin, 4 September 2023, 10:45 pm0

Tapi LRT-nya, tapak tiang pun belum nampak lagi.

Ikutkan lakaran penuh PICC ( International Commercial City), akan ada laluan yang tembus ke bangunan yang bakal dibina termasuk kondominium Muze.

Waktu cuti raya bulan Mei yang lalu, PMX ada janji nak sediakan dana untuk mempercepatkan pembinaan LRT kat Penang ⁽¹⁾.

Pastu bulan Julai lalu Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) kata PMX tak nak hanya LRT di bahagian pulau saja, mesti sambung dengan seberang ⁽²⁾.

Berita terbaru, pembinaan LRT akan bermula hujung tahun ni ⁽³⁾.

Sebelum ni saya ada guna pengangkutan awam sepenuhnya untuk balik dari hantar kereta kat workshop Simpang Ampat ⁽⁴⁾. Waktu ambil semula kereta pun sama juga guna pengangkutan awam:

  • Naik bas dari ke Jeti Swettenhem.
  • Ambil ke seberang, Penang Sentral (feri lama, bukan feri yang baru ⁽⁵⁾).
  • Sambung naik bas Rapid sampai bus stop dekat Menara Kerjaya.

Secara keseluruhannya, kira bolehlah. Bergantung kepada keadaan cuaca, kalau hujan berangin, memang basah kaki seluar, walaupun menunggu kat bawah bumbung perhentian bas.

Jadual bas pula agak sukar nak dijangka, kena bergantung kepada app Pulse, boleh lihat lokasi bas pada masa sebenar.

Keadaan dalam bas, kalau dapat bas baru, memang selesa. Kalau dapat bas lama, sekali langgar bonggol atau lubang kat jalan, macam nak runtuh bas tu.

Nasib baik cermin tinted, kalau duduk tepi tingkap kena matahari, tak terasa sangat panas. Duduk kat bahagian belakang bas lagi best, sebab lebih tinggi, dapat tengok tempat kat luar.

Berkenaan pengguna yang menaiki bas, kebanyakannya warga emas & warga asing. Sebilangan kecil orang yang pergi balik ke tempat kerja & pelancong.

Disebabkan bas berkongsi jalan raya dengan kenderaan lain, sudah pasti akan tersangkut kalau ada jalan jem. Lambat sampai ke destinasi, walaupun tambang murah.

Saya guna pas Mutiara, kos untuk buat kad adalah RM10, kemudian tempoh guna adalah sebulan. Lepas sebulan, kena reactivate kad kat kiosk Rapid, percuma. Kiranya naik bas percuma jak sepanjang hantar/ambil kereta dari workshop.

Jadi apa kaitannya dengan LRT?

LRT tak kongsi jalan raya, jadi tak kena traffic jam, lebih cepat sampai ke destinasi. Lebih mudah nak bajet masa.

Berdasarkan pengalaman guna LRT kat KL dulu², ada juga pas bulanan, tapi bayar pun bulanan, tak se-rahmah pas Mutiara.

Ada segelintir yang mempersoal projek LRT ini, atas beberapa alasan seperti kurangnya pengguna (ridership) untuk menampung kos pembinaan keseluruhan sistem, dan laluan yang tidak melintasi kawasan padat penduduk.

Kalau dah confirm akan ada stesen LRT di satu² tempat, akan tumbuh apartment baru, kedai² & parking lot (untuk park & ride) di sekelilingnya macam kat KL. Dan orang ramai akan guna jugak LRT sebagai alternatif, tak perlu bayar tol, parking, petrol & sangkut kat jem.

⁽¹⁾ https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/05/06/funds-will-be-allocated-to-expedite-penang-lrt-project-says-anwar
⁽²⁾ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/07/17/govt-could-approve-lrt-project-connecting-penang-with-mainland-says-anthony-loke/80120
⁽³⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2023/07/932659/penang-residents-anticipate-commencement-island-lrt-project
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2023/06/dasauto-masuk-wad-bas-feri-rapid/
⁽⁵⁾ https://paultan.org/2023/08/07/feri-baharu-penang-tawar-tambang-percuma-sebulan-hingga-6-sept-setiap-20-minit-pada-waktu-puncak/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/974063203760592/

Tulis komen: