Album terbaru Green Day ni dah kurang mengilai

Jumaat, 19 Januari 2024, 3:40 pm
Kembali kepada corak #muzik era antara album Revolution Radio & Uno Dos Tres.
Balik kepada pop punk yang lebih rancak. Lebih jelas bunyi pattern drumbeat Green Day & vokal Billie Joe.
Antara #lagu yang best adalah seperti Suzie Chapstick, susunan chord & nyanyian macam lagu yang kami buat zaman sekolah menengah dulu .
Lagu Fancy Sauce pulak bunyi macam lagu mendodoikan anak, ‘lagu rakyat’ orang Amerika .
Lagu Father To A Son, saya jangka akan menjadi hit single yang sama epik seperti Wake Me Up When September Ends.
Best ni, ada album baru untuk didengar sepanjang road trip awal pagi esok .
21 Januari 2024
Singgah di pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol
18 Januari 2024