Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Singgah di pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol

Khamis, 18 Januari 2024, 2:20 pm0

Sebelum wujud idea Terusan Segenting Kra, dah ada laluan air merentasi semenanjung Tanah Melayu.

9385B23D-70FC-4E06-BAE5-B8B65F046C98.jpeg
Ada monumen keris & tandas awam terbiar di laluan masuk.

Kawasan ini mula diterokai oleh sekumpulan sembilan keluarga yang berasal dari kawasan pedalaman Pasai, Sumatera Utara, yang diketuai oleh Dato’ Sempadang. Permuafakatan dicapai dan memutuskan untuk bersama-sama meneroka kawasan yang indah dan subur. Kawasan yang indah dan subur ini telah menghasilkan padi yang berlipat ganda maka timbul untuk menamakan kawasan ini sebagai Jempol iaitu bermakna ‘cantik dan terbaik’.

59214FBB-4E60-4BC5-B303-25964C89851A.jpeg
merentasi sungai ni dah usang berlumut, nampak angker 😰.

Kawasan ini juga menjadi kawasan pengajian agama Islam dengan terdirinya beberapa sekolah pondok dan melahirkan tokoh alim ulama dalam bidang masing-masing. Kawasan ini suatu masa dahulu menjadi pusat bagi tumpuan para pedagang yang berurusniaga dari Pantai Timur dan Siam mengikut jalan pintas ke Melaka melalui Sungai Jempol dengan Sungai Serting menghala ke Pahang.

CF33FF24-2AFD-4E47-9203-28EBF9A54AC3.jpeg
Dua batang sungai bertemu.

Sungai Muar dan Sungai Serting ini merupakan prihatin kepada para pedagang serta orang ramai dari negeri-negeri di Pantai Timur dan Melaka bagi menjalankan urusan perniagaan dan pengembangan agama Islam di kedua-dua negeri termasuk negeri Siam bagi mengelakkan bahaya angin ribut terutama musim angin monsun dan tengkujuh di kawasan perjalanan melalui iaitu Sungai Serting yang mengalir masuk ke Sungai Pahang dan Sungai Jempol yang mengalir masuk ke Muar. Jarak antara kedua-dua batang sungai ini hanya sekadar kurang 500 meter.

311D3258-0790-477E-B427-428778A0DA77.jpeg
Aliran sungai bercantum di sini.

Laluan ini dikenali sebagai jalan penarikan ⁽¹⁾, sebab pelayar akan menarik kapal mereka dari Sungai Jempol di sebelah barat (Melaka) ke Sungai Serting di sebelah timur (Pahang). Ada juga taman perumahan di sini yang dinamakan Taman Penarikan.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/share/9vnNeEF4gFPBZX9u/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1048561296310782/

Tulis komen: