Dah register PADU

9D8B034C-975A-42D5-AB78-E9D464A37C4D.jpeg

Ahad, 24 Mac 2024, 5:50 pm22

Tapi langkah terakhir tu mesti ramai yang sangkut.

Nak kena buat pengesahan IC, kena scan QR code kat website guna phone, tapi bila buka link tu kat phone, website PADU bagitau sistem tak support. Mungkin sebab saya guna iOS lama 🤷🏻.

Terpaksa pergi ke kaunter Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang ada dibuka di Kompleks Bukit Jambul. Isi nama kat borang untuk giliran, kemudian bagi MyKad untuk pegawai sahkan terus tanpa guna QR code.

Lepas pengesahan IC dah lepas, baru dapat hantar borang yang dah diisi.

Agak² masih layak tak dapat RON 95 nanti 🤔?

Berita sampingan: Parking Kompleks Bukit Jambul dah terima guna Touch n Go, tak pakai Autopay cash lagi. Tak perlu risau kalau tak ada syiling 👍.

(Gambar hiasan, tak ada kena mengena 😅).

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1086743072492604/

Tulis komen: