Lampu ABS menyala kat instrument cluster sebab wheel speed sensor dah out

Sabtu, 9 September 2023, 4:55 pm0

4B802592-876B-4F32-82FA-2FB9A296704D.jpeg
Kena hantar ke workshop untuk scan OBD2 port untuk dapatkan diagnostic bagi mengenalpasti bahagian mana yang buat masalah.

Untuk ini, wheel speed sensor kat bahagian kiri belakang yang sekejap ok, sekejap tak dapat detect halaju tayar.

Kegunaan wheel speed sensor adalah untuk memberi input berkenaan halaju tayar bagi sistem ABS untuk berfungsi. Kalau lampu ABS menyala kat instrument cluster, sistem ABS tak berfungsi, kena hati² membrek kuat takut mengunci tayar & menyebabkan kereta tergelincir, yang mana sistem ABS itulah yang mengelakkan situasi ini.

Tadi lepas tukar sensor, barulah ok tak ada lagi lampu ABS menyala. Kos sebiji sensor tu kalau tengok online, dalam RM60-90 sebiji. Tapi mungkin kat Penang sebab pelbagai kos untuk dapatkan stok, termasuk cas buruh, jumlah kena bayar adalah dua rats 💸.

Selain itu, sebelum ni semasa repair masalah leaking pada enjin, workshop Eurowagen ini ada tukar ignition coil sekali semua 4 batang. Lepas sebulan lebih pakai, tak ada lagi problem enjin tiba² mati ⁽¹⁾, jadi tanya bos workshop, apa nak buat dengan ignition coil asal?

Dia kata cuba tukar balik, pakai ignition coil asal & cuba test lagi pakai sebulan. Tapi tadi bila dah pasang balik, diorang check kesemua ignition coil asal dah rosak, ‘tak ada api’ lagi. Spark plug semua tak menyala & enjin misfire sampai gegar teruk, tak dapat nak drive. Terpaksa tukar balik guna ignition coil yang baru.

Kiranya saya tukar baru semua satu set ignition coil, 4 batang, kena caj RM160 setiap satu. Kalau banding harga igntion coil yang saya tukar tahun lalu, satu tu workshop kena cari kat kedai spare part kat Georgetown, harganya sampai RM250. Yang 3 biji lagi saya order dari KL menerusi Lazada, RM90 sebatang. Kiranya kali ini harganya berpatutanlah 😮‍💨.

88063770-FAA3-49C5-B1CB-2900B193B1C5.jpeg
Pagi tadi juga kutip parcel kat GDEX, WWF bagi anak patung gajah la pulak 😆.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/07/ini-teori-kenapa-enjin-dasauto-boleh-berhenti-tiba/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/976450443521868/

Pingback: Makaroni tomyam sardin, fusion ‘i-thai-li’

Tulis komen: