Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nasi lemak strawberry, boleh masuk kah?

Selasa, 16 April 2024, 6:15 pm0

D2E702D5-9932-423F-8D33-0E24746B9989.jpeg
Lepas merasa, boleh dikatakan cun jugak, asalkan guna strawberry yang masam.

Logiknya, sesetengah jenis sambal pun ada ditambah asam jawa atau asam keping. Gantikan asam tu dengan strawberry, lebih unik rasa nasi lemak tu.

5C1C5380-F06D-4B93-9218-DBED0F3CEFC8.jpeg
Pagi² nasi lemak tu kat sini, cafeteria Big Red Strawberry Farm kat Brinchang, .
4396BD2F-727F-4FD5-980F-6FE03F371B8A.jpeg
Tengok jalan masuk ke sini yang curam, belum lagi tengok jalan turun keluar, rasa dah lebih dari 45°, risau pulak kalau terlebih brek, tayar hilang grip & menggelongsor turun 😱.

Yang bagusnya di sini, parking free 🆓.

E0780CDF-9C20-4C12-A934-4332F79A4826.jpeg
Disebabkan dulu saya pernah cuba penanaman hidroponik, saya lebih berminat perhatikan setup yang ladang ini gunakan secara komersial.

Air baja datang dari paip besar, sambung ke hos kecil sepanjang barisan tanaman & dititiskan ke dalam pasu secara .

Tak dapat nak tengok kat mana tangki baja tu dari kawasan yang boleh dilawat pengunjung, tapi saya rasa terdapat beberapa biji tangki hitam besar untuk menyimpan air baja & ada pam utama yang dipasang menggunakan timer.

Perpaipan fertigasi ini adalah secara satu arah, air baja yang dah dititiskan pada medium tanaman tidak dikitar balik ke tangki air baja, jadi ia lebih mudah untuk dipasang.

Kertas biru kat tiang tu adalah untuk kawalan serangga perosak, ada gam pada permukaan kertas tu yang memerangkap serangga perosak.

Struktur rumah pelindung hujan ini, tiangnya diperbuat daripada kayu saja, tak pakai batang besi seperti yang selalu saya tengok di Youtube petani kat Amerika. Cuma rangka bumbungnya yang tetap guna paip besi, bukannya paip PVC, supaya lebih kukuh tahan angin kencang & mengelakkan plastik tahan UV cepat koyak.

CBE3718D-1309-4E75-8EBE-8128D33CF33E.jpeg
Tanaman sayur berdaun pula menggunakan kaedah NFT (nutrient film technique).

Kaedah ini tidak memerlukan media tanaman, namun air baja kena dikitar balik ke tangki air baja (recirculating). Oleh itu kena pasang palung begini.

Selain sayur salad (green & red coral lettuce), sayur berdaun yang lain ada seperti butterhead lettuce, sawi, pak choy & coriander.

A922211F-6DEB-4619-B816-7D40ECA3B480.jpeg
Saya suspect strawberry ni guna bancuhan baja yang sama untuk tanaman sayur berdaun, sebab tu daunnya sihat besar hijau pekat. Ada satu pasu tu, sampai rumput tumbuh sihat tinggi.

Boleh kutip sendiri strawberry kat sini, dengan syarat mengutip sekurang²nya satu kilogram buah dengan harga RM60.

73BC2911-ED4D-4F23-8F08-5573E60F6A48.jpeg
Selain daripada itu, ladang ini juga menjual kaktus & succulents, harga lingkungan RM8 ke RM12. Pokok bunga hiasan pelbagai & pokok cili warna-warni pun ada jugak.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1100327237800854/

Tulis komen: