Ioniq 6 = Hyundai 911
Isnin, 27 Mei 2024, 9:20 am0
Antara sebab saya suka #kereta Ioniq, khususnya Ioniq 5 adalah:
- Design-nya yang futuristik, sebab khabar angin mengatakan ini adalah kereta elektrik projek pihak Apple yang tak jadi.
- Lepas tengok video Rirang camping dengan kereta ini ā½Ā¹ā¾ & mendemonstrasi penggunaan V2L, saya nampak praktikaliti kenderaan EV sebagai ākediaman bergerakā.
Kat Ioniq 6 dah tak pakai floating instrument cluster, bagi pengguna ia nampak lebih familiar untuk digunakan. Design steering tu minimalist tapi agak kosong sangat.
Susunan cup holder dalam Ioniq 6 lebih menjimatkan ruang. Perhatikan turutan posisi skrin tengah, rongga aircond, barisan butang konsol multimedia, kawalan aircond & butang start stop. Dalam keduaĀ² model nampak konsisten ā½Ā²ā¾. Kebanyakan kereta Jerman menggunakan format susunan begini, dan diikuti oleh pengeluar Korea, jadi pengguna lebih cepat adaptasi jika memandu kenderaan berlainan.
Di sepanjang arm rest kat pintu ni, yang ada sinaran cahaya merah tu, itulah handle untuk tarik tutup pintu. Design sebegini kira ok lah, nak kena biasakan cara guna, cuma semasa memandu, tak ada handle untuk digenggam, nak rehatkan tangan ā½Ā³ā¾.
Ini pintu kat Ioniq 5, butang kawalan tingkap masih kat pintu. Kat Ioniq 6 dah pindah ke center console.
Tak seperti sesetengah kenderaan lain pada pameran #MalaysiaAutoshow2024 yang nisbah bukaan butnya lebih kecil berbanding saiz kenderaan itu sendiri, contohnya Ora Good Cat, Mini Cooper S, termasuk Proton X70.
Harga bergantung kepada kapasiti bateri & output kuasa. Kadar cukai jalan (jenis bukan sedan) adalah RM463 untuk varian dengan output 125 kW, dan RM2,703 untuk varian dengan output 225 kW.
Harga bergantung kepada jenis pacuan roda, kapasiti bateri & output kuasa. Pacuan semua roda (AWD) lebih mahal daripada pacuan roda belakang (RWD). Kadar cukai jalan (jenis sedan) adalah seperti berikut:
- RM384 (111 kW)
- RM1,510 (168 kW)
- RM3,427 (239 kW)
ā½Ā¹ā¾ https://youtu.be/3Q31OzbAUAk
ā½Ā²ā¾ https://azwan082.my/2024/05/belek-kereta-hidrogen-toyota-mirai/
ā½Ā³ā¾ https://azwan082.my/2024/05/ini-dia-kabel-v2l-yang-menukarkan-elektrik-dc-daripada-bateri-kereta-kepada-250v-ac/
28 Mei 2024
BelekĀ² kereta hidrogen Toyota Mirai
26 Mei 2024