Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Asalkan bukan kalah jadilah

C53E6563-2D43-4C70-8C44-353F0CCBCC9A.jpeg

Selasa, 11 Jun 2024, 11:30 pm0

Tak nampak corak permainan penguasaan bola & hantaran pendek, mungkin sebab ketiadaan pemain² utama seperti Arif Aiman, Faisal Halim & Darren Lok.

Banyak main hantaran jauh, menunggu bola untuk sampai tepat pada kaki & sering gagal membaca pergerakan rakan menyebabkan menghantar bola terlalu jauh dari sasaran.

Safawi dah lama tak dalam kesebelasan utama, skillnya pun berkarat, banyak percubaan ke langit & ke laut. Satu percubaan daripada sepakan sudut, tandukan ke belakang tepat ke sasaran tapi ditepis penjaga gol.

Akhyar juga ada banyak peluang, lebih² lagi satu peluang 1-on-1 dengan penjaga gol, tapi mudah penjaga gol Chinese Taipei menepis bola. Dia juga nampak banyak main tamak menyimpan bola untuk sendiri dengan selalu menggelecek beberapa pemain lawan.

Mujur pada separuh masa kedua, corak permainan sedikit meningkat. Pemain tidak menyimpan bola untuk diri sendiri terlalu lama, lebih cepat untuk menghantar bola kepada pemain lain bagi menggerakkan permainan.

Dalam konteks kelayakan Piala Dunia, banyak lagi penambahbaikan diperlukan dari segi corak permainan. Dan untuk melayakkan diri ke pusingan ke-3, kita berharap pasukan Oman menewaskan Kyrgyztan dengan sekurang²nya 6 gol tanpa balas, namun di pihak Oman, mereka tiada sebab untuk berusaha dengan keterlaluan untuk mendapat jaringan tersebut.

Boleh dikatakan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya sudah pun tertutup, namun dari segi ranking FIFA, pasukan tak tewas, jadi dapatlah kutip mata untuk perbaiki ranking.

16/11/2023
Malaysia 4 – 3 Kyrgyztan (https://youtu.be/2ITPbaeUKDQ)

21/11/2023
Chinese Taipei 0 – 1 Malaysia (https://youtu.be/sY7Uevnqkdw)

22/3
Oman 2 – 0 Malaysia (https://youtu.be/lZBRKsEEI8s)

26/3
Malaysia 0 – 2 Oman (https://youtu.be/_ZqgPbUaaqk)

6/6
Kyrgyztan 1 – 1 Malaysia (https://youtu.be/kWzUd0dLLZo)

11/6
Malaysia 3 – 1 Chinese Taipei (https://youtu.be/To3DM09qG_M)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1134691261031118/

Tulis komen: