Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Proton mengumumkan jenama kereta karan mereka

AE2066C5-0DF0-42CB-902E-B91531FEBFBA.jpeg

Rabu, 12 Jun 2024, 9:25 pm0

Proton eMas ⁽¹⁾, tukar satu huruf hujung jadi proton 😸.

eMas adalah jenama (brand), nama model belum tahu lagi. Ikut khabar angin ⁽²⁾, model pertama EV Proton mungkin berasaskan Geely Galaxy E5, model SUV yang lebih besar daripada X70, dan boleh jadi model Proton paling mahal nanti.

Kalau penamaan modelnya sama dengan Geely, mungkin nanti ada eMas E1 sampai E5, E1 tu SUV paling kompak. Dijadualkan akan dilancarkan Disember nanti, tapi saia lebih berminat dengan Myvi EV ⁽³⁾ yang mana pengeluaran model marhaen Perodua itu akan bermula tahun depan.

Dah lama tak cerita pasal , bermula Isnin lalu subsidi diesel dah dirasionalisasikan ⁽⁴⁾, harga jualan ikut harga pasaran.

Dulu saya ada buat web app ⁽⁵⁾ untuk kira berapa banyak kena belanja untuk penuhkan tangki berdasarkan bilangan bar pada meter tangki minyak. Sekarang masih dapat pakai lagi app tu & dah automatik guna harga petrol / diesel semasa.

⁽¹⁾ https://paultan.org/2024/06/12/proton-emas-ev-brand-and-new-logo-unveiled-first-malaysian-ev-model-be-launched-in-december-2024/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/reel/970694667942703
⁽³⁾ https://paultan.org/2024/05/21/perodua-emo-1-ev-concept-all-electric-myvi-study-with-68-ps-220-nm-55-7-kwh-battery-350-km-range/
⁽⁴⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rasionalisasi-harga-permulaan-diesel-di-semenanjung-rm335-seliter-bermula-isnin-474093
⁽⁵⁾ https://azwan082.my/petrol

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1135206984312879/

Tulis komen: