Setiap kereta yang tak ada voltmeter kena ada peranti ini
Selasa, 4 Jun 2024, 11:45 am0
Di samping dapat mengecas telefon atau peranti lain menerusi USB, dapat juga mengetahui tahap kesihatan #bateri kereta.
Voltan bateri kereta secara umumnya adalah sekitar 14V. Apabila ia telah menurun di bawah 12V, ada kemungkinan kereta tak dapat di-start, situasi yang umumnya orang gelar ‘bateri kong’.
Arus elektrik ialah 0.2A, sangat rendah (julat: 0 – 2.4A), mungkin arus yang digunakan untuk menyalakan LED nombor² tu saja. Manakala 5.0 tu ialah voltan pada USB port.
Pada waktu malam, nyalaan LED tu agak terlalu terang bagi saya sehingga mengganggu penglihatan. Isu ini saya selesaikan dengan mudah, iaitu dengan menetapkan kedudukan paparan di sebalik kabel² USB, ataupun boleh juga lekatkan selotep lut cahaya pada paparan LED tersebut.