Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Servis kereta sebelum merantau jauh

300CC976-5DB8-498D-92FB-ED9141E1B1C2.jpeg

Rabu, 28 Ogos 2024, 2:15 pm0

Ini mungkin kali terakhir servis kat bengkel ni 😌.

Tukar minyak enjin, pakai Castrol Magnatec semi-synth 10W, penapis minyak enjin ori VW, minyak gear brand Hardex & penapis angin kabin, ongkosnya RM485.

Masih ada sedikit isu kebocoran kecil kat plug oil seal di silinder ke-3, di mana terdapat minyak pada ignition coil yang kadang² membuatkan enjin semput², mungkin berlaku misfiring.

Kalau nak tukar plug oil seal, kena buka head cover. Nak buka head cover, kena buka timing chain cover. Lepas buka bahagian ni, gasket, seal & oil ring semua kena ganti baru. Kosnya boleh naik sehingga RM1.5k, tapi itu bukan masalah. Kereta kena tidur di bengkel 2-3 malam, tiap hari perlukan kenderaan, itu masalah utama 😉.

Iswara pula dah setahun lebih tak start, tayar belakang jem, mungkin sebab drum brake dah melekat. Nak start enjin pun tak dapat, dah tukar bateri baru, dapat crank tapi enjin tak hidup, mungkin tersumbat kat mana² saluran untuk tarik petrol dari tangki. Hal ini lain hari lah uruskan.

🚚

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1183732012793709/

Tulis komen: