Cobaan pertama gagal
Sabtu, 9 November 2024, 7:55 pm
Nak #DIY pasang mentol LED projector untuk #PoloSedan, salah pasang, wayar boleh putus.
Pada satu ketika, pemasangan kira berjaya, lampu menyala terang, nampak cutoff line dari kanta projector.

Mentol LED aftermarket ini padan dengan soket headlight housing, tak ada masalah pada compatibility. Tapi ada 2 isu semasa pemasangan:
- Bracket untuk menekan mentol di sebelah kiri susah sangat nak pasang balik. Dawai tu kena tekan habis² ke dalam barulah dapat menyangkut. Habis pedih² jari dah la kuku dah pendek tak dapat nak tekan guna kuku.
- Wayar dari mentol ni sepatutnya lalu menembusi getah penutup mentol, dan bukannya diletak sebelah kipas heatsink.

Disebabkan wayar ini diletak di sebelah kipas, bila nak ketatkan, bilah² heatsink tu ‘menggergaji’ wayar sampai putus .
Silap saya juga bila ketatkan kipas tu dah dengar bunyi wayar terpotong, tapi teruskan juga ketatkan, asalkan mentol masih menyala.
Hujung² mentol sebelah kiri tak menyala & kipas heatsink pun tak berpusing. Rugi dah satu set mentol LED projector .
Tunggu Sopiee punya jualan 12.12 bulan depan baru beli satu set lagi guna ‘ jom, guna escalator’
.

Pergi tengok show unit #rumah kondominium Myra Cove. Niat nak test drive #kereta 320i tapi tak sempat, hari hujan lebat, tak apalah, janji dapat souvenir .
14 November 2024
Dekat 2 bulan tak kayuh basikal
2 November 2024