Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

DIY pasang speaker belakang Perodua Viva

Selasa, 22 Jun 2021, 8:00 pm0

Kereta tak dapat berjalan jauh waktu PKP sekarang, inilah masanya untuk pasang² benda baru. Sekali mula berjinak dengan modifikasi , kereta memang takkan siap² 😂.

Perodua Viva 660 memang dari asal tak ada radio, jadi speaker pun tak ada jugak. Waktu pasang radio kat kedai aksesori, hanya speaker depan dipasang. Untuk speaker belakang pula, saya nak cuba pasang sendiri.

196682858_327179265518556_6113638330461631779_n.jpg

① – Mula² sekali pasang speaker kat ruang speaker kat frame pintu belakang. Ruang ni asalnya ada 3 lubang skru, tapi speaker ni ada 4, jadi kena drill sendiri lubang skru baru.

199124080_327179288851887_5030753413581584601_n.jpg

② – Lepas tu sambungkan wayar speaker menggunakan connector yang datang sekali dengan speaker. Kena ingat lokasi wayar positif & negatif, seperti dalam gambar:

  • Kiri – hitam/kelabu (+)
  • Kanan – hitam (-)

Wayar yang datang sekali dengan speaker ni panjangnya hanya 1 meter saja, jadi kalau tak cukup panjang hingga ke radio, kena tambah dengan wayar speaker sendiri.

200305070_327179255518557_1443920391990806684_n.jpg

③ – Pada mulanya saya agak ragu² nak buat sendiri wiring untuk menyambungkan speaker ke radio. Tapi lepas buka radio dari dashboard & nampak gambarajah sambungan ini, terus rasa senang nak buat.

Dah jelas ditunjukkan warna wayar yang perlu disambung, iaitu:

  • Speaker belakang kiri – hijau (+), hijau/hitam (-)
  • Speaker belakang kanan – ungu (+), ungu/hitam (-)

Pastikan positif & negatif tu betul disambung ke wayar speaker tadi. Lepas wayar dah sambung, test dulu speaker, tengok ada bunyi keluar atau tak.

194847666_327179278851888_7579819210405537345_n.jpg

④ – Bila semua ok, barulah susun jalan wayar tu. Di sini boleh lihat saya dah tanggalkan seat kereta, alang² nak buka semua isi dalam kereta, baik cuci terus ⁽¹⁾.

199768207_327179272185222_144343412606786724_n.jpg

⑤ – Last sekali, disebabkan kereta ni memang asalnya tak ada radio, speaker, remote & central locking, jadi pada laluan wayar kat pintu ni, kena dibalut dengan electrical tape supaya tak mudah rosak kena basah atau terlipat akibat pintu sering dibukatutup.

Lepas siap pasang, saya rasa bunyi kat speaker belakang macam tak berapa kuat. Mungkin power output daripada radio tak cukup, hanya 25W setiap speaker, sedangkan speaker yang saya beli ni memerlukan 35W. Saya tak berapa pasti perkara ni, tapi yang bagusnya, nanti² ada lah peluang untuk pasang sendiri head unit baru, cari yang ada bluetooth, senang lagi nak sambung terus dengan phone 👍.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/kereta-tak-berjalan-buka-seat-cuci/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/327179352185214/

Pingback: Cuba pasang tinted cermin kereta secara DIY kat Perodua Viva

Pingback: Cicak berumah dalam kereta

Tulis komen: