Komen Wrestlemania 41, hari sabtu

Ahad, 20 April 2025, 10:25 pm
Secara keseluruhan, banyak juara baru & rupa²nya meja announcer yang katanya dah diperkukuhkan tu masih lagi boleh roboh bila kena powerbomb.
Jey Uso vs Gunther
Finishing agak terburu².
Beberapa hari lagi nak Wrestlemania, Gunther belasah Jimmy Uso, abang Jey, sampai berdarah kepala, manakala Jey kena gari kat tepi gelanggang, tak dapat nak buat apa.
Dalam match tadi, bila Gunther kena sleeper hold, cepat sangat dia tap out. Saya rasa baik diorang panjangkan sikit masa scene terakhir tu sambil Jey tunjuk ekspresi dia membalas dendam terhadap Gunther, sampailah Gunther separuh sedar & hanya mampu tap out dengan menggunakan jari. Itu lagi dramatik.
Jey dah juara, harapnya lepas ni kuranglah sikit Rikishi buat komen pedas kat podcast dia .
Jacob Fatu vs LA Knight
Walaupun Jacob adalah heel & LA Knight sebagai face, tapi mereka fan favourite. Sorakan daripada peminat kedua²nya sama nyaring.
Sedikit latar belakang, Jacob Fatu menyertai Bloodline Solo Sikoa sebagai enforcer, watak sama Solo dalam Bloodline Roman Reigns. Namun seingat saya Solo tak pernah lagi menang kejuaraan solo, no pun intended .
Kemenangan Jacob Fatu menunjukkan #WWE yakin dengan kebolehan Jacob sebagai juara solo, manakala Solo Sikoa mungkin meneruskan jalan cerita sebagai tag team dengan Tama Tonga.
Jabob Fatu, walaupun dia nampak gila² dalam gelanggang, tapi banyak komen daripada netizen yang mengatakan dia sangat mesra dengan peminat.
Saya pun kagum dengan skill promo & kebolehannya membuat moonsault & swanton bomb walaupun dengan fizikal yang besar tembam.
Cuma dia agak ceridak, selalu meludah sampai melekat kat janggut .
Tiffany Stratton vs Charlotte Flair
Saya ingat Ludwig Kaiser akan membuat kemunculan di tepi gelanggang, untuk menambah rencah dalam perseteruan Tiffy & Charlotte. Sebab dalam promo beberapa minggu lalu, perdebatan mereka jadi agak terlalu peribadi sehingga Tiffany menyentuh isu perceraian Charlotte & Charlotte membalas dengan mengatakan kononnya Kaiser (teman lelaki Tiffany) ada menghantar DM kepadanya.
El Grande Americano vs Rey Fenix
Asalnya Rey Mysterio yang akan bertarung, tapi disebabkan kecederaan, Rey Fenix menggantikannya. Apa yang menarik, Rey Fenix baru saja debut dalam WWE beberapa minggu lalu.
Perlawanan ini bagi menayangkan kehebatan petarung luchador: penggusti dari Mexico atau Amerika Latin yang kebanyakannya memakai topeng dan gaya gusti yang akrobatik & banyak terbang melayang.
Chad Gable sebelum ini sering dikaitkan dengan Kurt Angle sebab gaya gusti & fizikalnya yang serupa & pernah menyertai sukan olimpik. Agak mengagumkan sebab dia dapat menerapkan gaya luchador dalam masa yang singkat.
Si kopi-o cawan besar dari Gulf of America ni pun baru debut beberapa minggu lalu. Walaupun dia bertopeng tapi sebagai fan WWE, semua tahu dia siapa. Namun persoalan ini seringkali muncul di plakad peminat:
Siapakah El Grande Americano?
Seth Rollings vs Roman Reigns vs CM Punk
Ini perlawanan terhutang budi.
Ceritanya mula beberapa bulan lepas Wrestlemania tahun lalu. Roman Reigns kalah lepas tu menghilangkan diri. Disebabkan ada kelompongan, Solo Sikoa berkuasa jadi tribal chief & membuli the wiseman, Paul Heyman. Paul minta pertolongan CM Punk untuk melindungi dirinya daripada Bloodline Solo Sikoa.
Namun CM Punk hanya membantu dalam War Games dalam Survivor Series. Dari saat itu, sering timbul cerita yang Paul Heyman ada favor untuk dilunaskan balik terhadap CM Punk. Roman Reigns tak senang duduk sebab Paul adalah wiseman miliknya dalam Bloodline.
Beberapa minggu lalu, didedahkan bahawa favor tersebut adalah supaya Paul Heyman berpihak kepada CM Punk dalam perlawanan di Wrestlemania.
Tindakan Paul menyebelahi CM Punk ini dilihat Roman Reigns sebagai satu pengkhianatan.
Seth Rollins pula pandai main kata. Dia mempengaruhi Paul Heyman, katanya Roman Reigns tak pedulikan dia pun semasa dia dibuli oleh Bloodline Solo Sikoa.
CM Punk pun sama, dia hanya sertai War Games sebab dia nakkan favor Paul Heyman supaya dia dapat menyertai main event dalam Wrestlemania.
Lepas berlaku pergelutan, Seth hampir curb stomp Paul, tapi dia berhenti, katanya sekarang, Paul pun berhutang favor terhadapnya.
Dalam perlawanan, bila Paul Heyman low blow CM Punk, ingatkan itulah favor Paul Heyman hutang dengan Seth Rollins. Tapi rupanya, Roman Reigns pun kena low blow. Favor tersebut adalah Paul Heyman menolong Seth Rollins memenangi perlawanan tiga penjuru ini.
Dua telur dah menetas , Paul Heyman menyebelahi Seth Rollins, dan sekarang kita bakal dapat satu faction baru.
Sekarang tak pasti ke mana hala tuju cerita Bloodline Roman Reigns, dia kehilangan wiseman dia, right hand man dia dulu dah jadi World Heavyweight Champion. Mungkinkah dia akan bekerjasama dengan CM Punk?
—
Wrestlemania 41 hari ahad akan bermula 7 pagi esok, sempatlah nak tengok sekejap sebelum turun ke ofis.
Perlawanan esok yang jadi tumpuan saya adalah Intercontinental Champion, Bron Breakker & WWE Champion, Cody Rhodes.
Bagi saya, saya berharap yang Gunther masih lagi juara heavyweight, bagi mengukuhkan lagi imejnya sebagai The Ring General yang brutal & ruthless.
Kemudian, dalam perlawanan Intercontinental, Bron Breakker kalah, sebab itu perlawanan 4 penjuru. Barangkali Finn Balor akan pin Dirty Dom untuk jadi juara, bagi memanjangkan lagi jalan cerita Judgment Day.
Bron Breakker pula meneruskan kariernya dengan mencabar Gunther. Bila keduanya berseteru, dapatlah kedua²nya memaparkan perlawanan yang berimpak tinggi.
Gunther dengan powerbomb & chop sampai merah dada, manakala Bron Breakker dengan spear laju macam dilanggar lori, lepas tu woff! woff! woff!
P.s: kalau ada pernah lihat video viral IShowSpeed join Royal Rumble pastu kena langgar dengan laju, itulah Bron Breakker punya spear.
Reaksi Wrestlemania 41, hari ahad
21 April 2025