Reaksi Wrestlemania 41, hari ahad

7B547F8B-0B65-4EEC-B260-0B37ECC7B64D.jpeg

Isnin, 21 April 2025, 10:50 pm

Kisah si tanggang & kambing menjadi juwara.

Bron Breakker vs Penta vs Finn Balor vs Dominik Mysterio

Perlawanan 4 penjuru untuk kejuaraan antara benua. Saya dah agak dah ⁽¹⁾, cerita Judgment Day mesti akan berlanjutan susulan daripada keputusan perlawanan ini. Tapi saya silap terka.

Bukan Finn Balor, tapi Dirty Dom yang pin geng sendiri.

Dua tahun lalu, akibat daripada sikap biadap terhadap ibunya, Dirty Dom kena hukum sebat di khalayak ramai oleh bapanya sendiri, Rey Mysterio, dalam Wrestlemania 39 ⁽²⁾. Lepas tu, setiap kali Dom nak bercakap nak buat promo, seluruh stadium mem-boo kat dia, sampai tak dapat nak bersuara.

Dia kata dirinya adalah penggusti terulung dalam keluarga Mysterio & Guerrero, mengatasi bapanya yang merupakan seorang Hall of Famer. Sekarang, dah ada tali pinggang kejuaraan di bahunya, mesti dia tak kisah lagi apa reaksi peminat. Barangkali bunyi boo tu akan berkurangan, sebab peminat dah mula terhibur dengan karakter si tanggang Dirty Dom tu.

Raquel Rodriguez & Liv Morgan vs Lyra Valkyria & Becky Lynch

Asalnya Lyra & Bailey yang layak bertemu juara tag team wanita, tapi Bailey mengalami kecederaan akinat diserang. Manakala bini Seth Rollins, Becky Lynch pula dah lama diwar²kan akan kembali beraksi, cuma masanya saja belum tahu, hinggalah sebelum perlawanan ini bermula.

Tak banyak komen pasal perlawanan ini, sebab fokus agak terbias sikit bila melihat fesyen Liv Morgan, she’s too sexayy 🔥.

Manakala Lyra Valkyria pula, saya suka dengan nama tu. Berbunga² lidah nak sebut 😅.

Randy Orton vs Joe Hendry

Jadual asalnya antara Randy Orton & Kevin Owen, dan peminat menjangkakan yang Orton akan bagi penyepak ke kepala Owen (punt kick), satu move yang telah diharamkan oleh . Tapi Owen terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan di leher.

Saya kurang kenal dengan juara TNA, Joe Hendry ni, tapi kalau disebut namanya, dia akan muncul 😂.

Lepas tu dia ni suka senyum² & nak kamera zoom in ke muka dia cepat². Sibuk sangat nak posing, dah mendapat RKO sebijik 😆.

Cody Rhodes vs John Cena

Waktu entrance Cody dia pakai topeng macam topeng terminator Triple-H. Entrance John Cena pula simple, hitam putih, hanya letak nama dia saja, dah macam papan tanda pejabat peguam 😆.

Sebelum ni lepas beberapa minggu tengok promo antara Cody & Cena, saya ada terfikir tentang cara untuk peminat di sana break character heel Cena, iaitu dengan menunjukkan sokongan & love kepada Cena, walaupun dia dah jadi bad guy yang menuduh para peminat-lah yang menjadi punca dia jadi begitu, dan dia takkan buat apa pun jangkaan & kemahuan peminat.

Ini kerana pada awal² episod Raw lepas Elimination Chamber, dia kata peminat membuatkan kerja dia jadi senang, dengan semua reaksi benci & bunyi boo bergema satu stadium. Sebab dah memang itulah reaksi yang dia mahukan supaya senang dia sampaikan promo sebagai heel.

Oleh itu dengan menunjukkan reaksi positif & menyokong Cena, boleh jadi membuatkan dia terlupa nak marah² 🤪.

Karakter heel John Cena ni pada saya, nampak agak kurang mengena. Dia seperti remaja yang memberontak (rebellious teenager), walhal pada umur dia sekarang yang dah berusia, mungkin karakter grumpy old man lebih padan 😄.

Dalam perlawanan ini, tak ada The Rock masuk campur, dia hantar Travis Scott. Bila dilihat balik, bukan Cena yang jadi heel yang dibenci tapi Travis Scott. Bingit bunyi boo bila dia masuk dengan lagunya yang rentaknya macam bunyi hon kereta mainan budak².

🚗 … Pit. Pit. Pit pit pit … 📣

Seterusnya, saya jangkakan yang Cena mungkin memegang kejuaraan ini dalam satu dua bulan, lepas tu mungkin Cody Rhodes atau Randy Orton yang akan rampas balik. Sebab dia ada komitmen penggambaran movie, tak ada masa dia nak jadi the face of the company, yang memerlukan dedikasi untuk memenuhi jadual sebagai juara WWE.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/04/komen-wrestlemania-41-hari-sabtu/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/04/hujung-minggu-wrestlemania/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1356380395528869/

Tulis komen: