Terasa ada kekurangan lepas pergi MalaysiaAutoshow2025
Isnin, 12 Mei 2025, 11:30 pm
Sasaran saya nak tengok update MyVi karan yang terbaru, tapi yang ditunjuk hanya wayang kulit .

Begitu tadi reaksi pertama lepas tengok design kereta dengan kepak terangkat, lampu bergaris, lantai nipis & kerusi macam kat kedai gunting rambut.

Ini yang saya nak tengok pada MyVi karan tu. Macam tahun lalu, dapat tengok susun atur komponen enjin, motor & bateri. Saya nak tengok macam mana idea bateri yang boleh ditukar tu diaplikasi pada model EV pertama Perodua.
Idea bateri untuk disewa (battery-as-a-service) bagi saya begitu inovatif & padan dengan sifat pengguna di Malaysia. Bateri kereta elektrik, selepas digunakan beberapa tahun, bila dah tak lagi cukup masuk cas, pengguna boleh tukar dengan pek bateri baru dengan kos sewaan tertentu. Jadi badan kereta dapat digunakan semula dengan lebih lama, dan juga mampu mengekalkan resale value, sebab masih ada demand untuk kereta terpakai & bateri boleh tukar baru.
Sesuai bagi pemilik pensendirian yang mahu beli kereta cuma sekali & tak perlu tukar setiap beberapa tahun.
Dan juga sesuai untuk pemilik bisnes sewa kereta, sama ada sewa harian atau bulanan (seperti kebanyakan bisnes kereta sewa sekarang), ataupun jenis langganan (car subscription) seperti Flux dan Kinto. Lagi lama sesebuah kereta tu dapat digunakan, lagi berbaloi return on investment.

Sebelah kiri enjin petrol, sebelah kanan motor elektrik. Ini kereta EV, tayar digerakkan oleh motor elektrik. Enjin petrol tu fungsinya hanyalah sebagai generator untuk mengecas bateri kereta.
Idea yang bernas, cuma nak tahu adakah enjin tu benar² membantu, ataupun nanti hanya jadi beban tambahan untuk diselenggara (extra maintenance & extra carbon emission).

Ini but belakang GWM Tank 500. Dalam kereta dah ada plug AC 220V macam kat rumah. Boleh pasang macam² perkakas elektrik, tapi terhad kepada 400W.

Ini aktiviti yang saya minati tapi tak pernah lagi buat sejak 2 tahun lepas. Antara barang #camping menarik yang ada kat sini ialah tong air gelen tu, ada pili pada penutup utama & kapasiti yang besar. Satu lagi ialah projektor mini & skrin, bawa pergi camping untuk tengok movie kat Netflix pada malam yang sejuk.
Orang lain belek dalam kereta, saya belek periuk camping .

Pada plat kecil di atas enjin kereta Lambo ni ada tunjuk susunan nombor silinder berlakunya pembakaran dalaman enjin (firing order). Info yang kurang berguna melainkan pada petrol-head, lebih kurang macam gamers yang letak sticker model graphics card yang dia pasang dalam PC.

Nope, 5 tahun kemudian barulah ada. Tapikan kereta ni ruang dalam terlalu kecil, siapa saja yang dapat pandu kereta terbang ni. Takkan la budak² belum mumayyiz?

Ini dron jenis eVTOL (eletric vertical takeoff and landing) daripada EHang. Secara umum, fungsinya lebih kurang macam helikopter, cuma kipasnya lebih banyak dan ia guna kuasa elektrik, dan ianya pilot-less .

Autoshow ini ada juga buat pertunjukan untuk motosikal macam moto Awie, moto Ninja & moto satria baja hitam, tapi saia bukan peminat moto, so, skip!

Kat dewan A sampai C dikhaskan untuk pengeluar kereta, motosikal dan institusi penyelidikan mempamerkan produk & hasil kerja mereka. Di dewan D, ada pameran daripada institut pengajian tinggi & pengeluar barangan berkaitan automotif. Di tingkat bawah dewan D pula ada aktiviti untuk pemilik kenderaan & orang yang suka hias² kereta.
Lepas tengok banyak kereta baru dalam tempat ber-aircond yang sejuk & kering, saya dah mula pening² dan pedih mata. Bila turun ke sini, baru rasa segar sikit. Ada pertunjukan kereta JDM macam GTR, Evo, Cefiro, sampaikan Kancil nombor plat satu digit pun ada. Ada juga kereta lama brand Morris yang pernah P. Ramlee pakai dalam movie Labu Labi yang dia gelar ‘macam setan’ .


Nah, kalau nak kereta yang dapat masuk kebun, masuk hutan, masuk sungai, tak nak kereta yang rosak kena banjir, ambil ni terus.

Kalau nak buat misi drive dari Singapura sampai UK, pakai kereta ni. Lalu Ukraine, lalu Afghanistan, Syria, Kashmir, tak risau kereta tak mudah rosak kena bom .
—
Tahun lalu ⁽¹⁾ saya datang dari arah Seri Kembangan, park kat zon C, naik tram dekat saja dengan bangunan utama MAEPS. Tahun ni dari Puchong, park kat zon F. Lebih jauh tapi dapat tengok beberapa tapak penanaman benih sayur²an & buah²an daripada MARDI.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/tag/malaysiaautoshow2024/
28 April 2025