Terjumpa rim teddy bear pink
Sabtu, 31 Mei 2025, 4:45 pm

Ni cerita pagi tadi hantar #kereta #PoloSedan untuk servis kat kedai tukar tayar sebelum ni ⁽¹⁾.

Ada satu simptom bila enjin baru mula start, terasa sedikit enjin misfiring. Dalam enjin tu berdengkur lancar, macam kucing tengah rerer, pastu ada tersedak² kecil sedikit .
Pomen kata nak kena check spark plug, sebab simptom tu macam pernah kena kat BMW dia. Bila buka, nampak jelas kelegaan antara elektrod spark plug dah terlalu besar & penuh dengan karbon.
Lepas tu paras coolant radiator pun dah di bawah minimum. Tak ada isu overheat, namun memang ada dalam plan nak tukar coolant baru sebab sejak ambil kereta 3 tahun lalu, tak pernah lagi buat flushing.
Sebelum ni saya selalu servis kat Autohaus SK2, tapi baru² ni bengkel tu dah ditukar ke jenama lain. Kat sana semua minyak enjin guna jenama Petronas Syntium, tapi kat bengkel Toyo Tires ni guna jenama Rheinol. Jenama import tapi harga tak jauh beza. Coolant pun guna jenama Rheinol:
- Minyak 10W-40 – 180.00
- Oil filter – 58.00
- Spark plug 4 pcs – 192.00
- Coolant (biru) – 78.00
Belum test lagi drive jauh dalam cuaca panas, nak test satu lagi simptom ni masih ada lagi ke tak, atau dah setel – semasa enjin dalam gear tinggi, tekan sedikit untuk turunkan gear, enjin kadang² semput sedikit macam tak cukup nafas . Update: isu ini dah selesai, memang spark plug puncanya.
Lusa Isnin cuti, rasa nak melencong ke pantai .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/02/rupanya-tayar-yang-bunyi-berdengung-waktu-laju/
Bejalai gawai ke Tanjung Sepat
2 Jun 2025
30 Mei 2025