Captain Flying Dutchman mendarat malam ini

AB0F8F34-9893-4FB1-A605-B7E9218B1924.jpeg

Selasa, 10 Jun 2025, 11:20 pm

Dah lebih 10 tahun menunggu untuk menewaskan Vietnam.

Perlawanan kedua kelayakan Asian Cup 2027 kumpulan F. Separuh masa pertama saya tak fokus sangat sebab tengah tengok Monday Night Raw 😅.

Separuh masa kedua baru jentera penjaring berfungsi. Arif Aiman walaupun tak skor tapi menyumbang 2 assist. Inilah akibatnya bila AA diberikan ruang dan pemain lain serasi dengan gaya & gerakan hantarannya, relaks & timing yang tepat.

Secara keseluruhan untuk separuh masa kedua, kawalan bola pasukan Malaysia nampak baik, tak banyak lepaskan posession. Fluidity hantaran pun semakin baik walaupun masih ada elemen main tamak, simpan bola lama sangat sampai terlepas ke pemain lawan.

Ramai muka baru pemain warisan, semua wajah import, nama pun semua bunyi Amerika Latin. Dulu² orang Malaysia banyak kahwin orang Amerika Latin ka? 😝

Malaysia 4 – 0 Vietnam
(https://youtu.be/OH2cUno0ZNw)

P.s: cerita pasal , awal bulan ni kecoh seluruh WWE universe sebab penggusti veteran R-Truth telah dilepaskan kerana tidak disambung kontraknya. R-Truth sangat popular di kalangan peminat dan rakan penggusti lain sebab karakternya yang kelakar & disenangi ramai. Ramai tak menjangka dia akan dilepaskan sebab Vince McMahon dulu pernah kata, kalau ada satu²nya penggusti yang dia akan kekalkan sampai bila², orang itu adalah R-Truth. Lagipun R-Truth baru saja berdepan dengan John Cena di Saturday Night Main Event, seminggu sebelum kontraknya tamat, nampak peliklah jalan cerita mereka tergantung setakat tu saja.

Ura² mengatakan kontrak R-Truth tidak disambung sebab WWE tawarkan kontrak baru dengan gaji yang rendah. Jika R-Truth mahu kekalkan atau naikkan nilai kontrak, WWE menganggap ia sebagai kos tanggungan. Sedangkan R-Truth menyumbang banyak kepada revenue terutamanya jualan t-shirt Ron Cena & cenderahati, jadi tak masuk akal kalau nak kata mengekalkan R-Truth merupakan satu kos.

Situasi ini mencetus kritikan peminat di alam maya. Minggu lalu dalam Raw, Smackdown, mungkin juga NXT, peminat lantang melaungkan ‘We Want Truth’. Pengulas pun tak nak sebut lagi nama R-Truth sebab dia dah bukan lagi penggusti WWE.

Dalam Money in the Bank PLE hujung minggu lalu, R-Truth membuat kejutan dengan kembali ke gelanggang WWE & mensabotaj perlawanan John Cena. Menurut cerita belakang, sepanjang seminggu kontraknya telah tamat, WWE menyedari kesilapan melepaskannya & cuba untuk menghubungi R-Truth tapi dia mengabaikan kesemua panggilan. Sehinggalah presiden WWE, Nick Khan sendiri yang menghubungi dan berjumpa R-Truth secara peribadi bagi berunding berkenaan kontrak baru.

Dalam tempoh 48 jam sebelum MITB berlangsung, kontrak baru berjaya dimeterai. Antara syarat kontrak baru ialah karakter R-Truth mesti ditamatkan, dan kembali kepada Ron Killing, nama sebenar R-Truth. Pada Raw semalam, R-Truth menggunting rambutnya semasa berdiri di atas meja pengulas, sebagai simbolik mengakhiri watak R-Truth yang komedik & badut.

Bagi saya, mula² kenal R-Truth agaknya dalam 2008-2009, dia masuk ke gelanggang sambil menyanyi rap lagu temanya, beserta catchword “what’s up?”. Sepanjang saya kenal watak R-Truth masa tu, tak tahu pulak dia seorang yang lucu². Bila tengok balik Royal Rumble tahun 2001, baru tahu yang sebenarnya itu kemunculan pertamanya dalam WWE (masa tu masih WWF), dengan nama watak K-Kwik. R-Truth merupakan watak kedua.

Antara perwatakan R-Truth yang dikenali ramai ialah dia selalu keliru dan salah tempat 😂.

Contohnya, semasa Royal Rumble, dia pergi ambil tangga letak dalam gelanggang sebab ingat itu adalah perlawanan Money in the Bank, kena capai briefcase yang digantung. Pernah juga dia jadi peserta Royal Rumble wanita, sambil muka dia pelik tengok sekeliling, apasal semua perempuan? 😆

Pernah juga satu PLE dilangsungkan di Australia, tapi dia pergi mendarat kat Austria. Dalam satu sesi promo untuk perlawanan kejuaraan, dia menyampuk masuk sambil bersemangat bagitahu orang dia akan menang kejuaraan tu, sedangkan dia bukannya peserta. Bila penggusti lain tegur, dia keluar dari gelanggang dengan ayat ikonik, ‘my bad!’ 😄

Dan sepanjang seminggu dia tiada kontrak, dia pergi buat akaun Twitter barunya kat OnlyFans 🤣.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1393517865148455/

Tulis komen: