Raya haji makan mi kicap Korea

Sabtu, 7 Jun 2025, 12:15 pm

C790A323-784E-4DBE-9FF0-8914C8E645F9.jpeg
Tak jumpa sos jjajang ni dijual kat pasaraya sekitar.

Yang ini pun saya dapat dari Shopee (https://invl.me/clmqycz), RM19 sebotol kaca 400g.

Seperti yang saya cuba rasa sebelum ni ⁽¹⁾, sos mi jjajang rasanya macam kicap, sebab diperbuat daripada kacang hitam. Ada aroma serupa dengan kicap yang diperbuat daripada kacang soya, tapi sos jjajang ni tak kuat rasa masinnya. Sedikit saja rasa masin & manis, dan juga sedikit pedas, mungkin ada ditambah serbuk cili.

Perisa begini mengingatkan saya pada satu jenis pes yang sejak azali wujud dalam budaya kita, iaitu petis rojak. Serupa dari segi sedikit rasa masin manis dan pedas, cuma petis rojak tak banyak aroma atau rasa kicap.

7AB0FEC5-B9D5-4365-B0C8-81B38642F902.jpeg
Ini masak jjajangmyun sendiri.

Untuk hidangan ini, ada susunan tertentu untuk masak bahan apa terlebih dahulu. Mula² saya stir fry sosej keju cocktail, lepas tu goreng telur, dan asingkan kedua²nya.

Untuk sayuran saya hanya guna lobak merah. Rebus lobak merah dipotong dadu sehingga lembut, kira² 10 minit. Kemudian untuk mi, saya guna mi ramen, celur dalam air mendidih sekejap saja dalam 2 minit.

Untuk amaun sepinggan begini, tak perlu banyak pun sos jjajang. Hanya bubuh dalam 2 sudu besar dan gaul bersama mi dan lobak merah. Seterusnya hidangkan telur goreng & sosej di atas mi.

Akhir sekali, saya ada lebihan potongan mangga susu dari Thailand, untuk dimakan sebagai pencuci mulut dan ‘pencuci pinggan’. Seperti yang saya sebut awal tadi, sos jjajang ni rasanya seperti petis rojak. Jadi, makanlah buah mangga dicolek dengan sos jjajang lebihan yang ada dalam pinggan, sampai pinggan betul² lichin! 😆

Mungkin itu juga sebab orang Korea makan 단무지 (pickled radish) dengan sos jjajang. Memang mengena rasanya seperti makan rojak buah.

C4C6B271-A637-4DB4-8FF4-AC2D5A52712C.jpeg
Cara masak mi ramen yang masih mentah.

Saya cari mi ramen jenama Vit’s yang dah siap masak kat Lotus’s tapi tak jumpa. Yang ada hanya mi ramen yang masih dalam bentuk doh tepung begini.

Sebelum masak, mi ramen dalam paket plastik tu dah bergumpal & melekat antara satu sama lain, walaupun ada ditabur tepung lebihan. Mesti carik²kan dan asingkan helaian mi sebelum dicelur dalam air mendidih, supaya ia masak sekata dan tidak bergumpal. Kalau bergumpal, bahagian luar gumpalan dah kembang, tapi dalam masih tepung mentah.

Lepas tu, pastikan air dah menggelegak sebelum celur mi. Celur tak lama, dalam 2 minit pun mi dah masak. Kalau lama sangat mi jadi kembang & tak kenyal lagi. Tu bukan celur, tu dah rebus mi 😅.

Satu lagi, bila makan mi ramen ni dengan sos jjajang, ada sedikit rasa pahit. Tak pasti dari mana datangnya, mungkin dari sos jjajang tu sendiri, atau dari lobak merah, ataupun dari bahan adunan untuk buat mi ramen ni.

🕋 SHRAA

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/03/merasa-jjajang-ramyun-oleh-samyang/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1390888805411361/

Tulis komen: