Cuba buat jjapaguri tanpa hanwoo

  • 245380210_399935508242931_1258640506646326093_n.jpg
  • 245067327_399935528242929_4052777199547896118_n.jpg

Khamis, 14 Oktober 2021, 8:45 pm

Cuba buat jjapaguri tanpa hanwoo.

Jjapaguri adalah menu popular dari Korea, gabungan mi Chapagetti & Neoguri, kedua²nya keluaran Samyang. Menu ini mula terkenal seluruh dunia tahun lalu melalui filem Parasite, yang mana menu ini di-upgrade dengan daging premium lembu Korea (hanwoo).

Secara mudahnya, ia adalah mi kicap pedas campur daging. Chapagetti tu sejenis mi jjajang, rasanya sama macam mi kicap ⁽¹⁾. Neoguri pula mi udon kuah pedas ⁽²⁾. Berdasarkan kesimpulan tersebut, ini yang saya cuba tiru.

Mi jjajang daripada brand Samyang ada dijual di Emart. Untuk daging, saya hanya guna daging dalam tin brand Sunstar. Disebabkan ia daging masak lada hitam, tak perlu lagi campur dengan perencah mi lain untuk dapatkan rasa pedas.

Saya masak 2 paket mi jjajang tapi guna satu paket perencah, dan letak satu tin kecil daging lada hitam. Rasa dia 👌. Bila daging tu gaul² dengan pes jjajang, ada sikit jadi rasa macam daging masak kicap.

Satu kekurangan menu ni ialah tak ada sayur, kekurangan elemen serat. Karbohidrat dah ada dari mi, dan protein dari daging. Sebagai penambah serat, saya buah pisang 🐒.

😋

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/03/merasa-jjajang-ramyun-oleh-samyang
⁽²⁾ mykoreankitchen.com/jjapaguri-korean-instant-noodles-mixed-jjapaghetti-and-neoguri

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: