Sedih tengok muvi komedi

IMG_0379.jpeg

Jumaat, 12 September 2025, 10:45 pm

A Man Called Otto, pasal suicidal grumpy old man.

Seseorang warga emas itu takkan jadi grumpy kalau tak ada sejarah lalu yang buat dia jadi begitu. Filem ni menceritakan beberapa kisah lalu yang menyebabkan dia jadi macam anti sosial, terlalu rigid & beberapa kali cuba untuk tamatkan riwayat sendiri.

Ceritanya bercampur² lucu, sedih & kritikal.

Otto ada kawan kejiranan namanya Reuben, mereka sama² suka kereta. Otto suka Chevrolet, Reuben suka Ford. Mereka masing² tukar & upgrade kereta baru, asalkan brand yang sama. Tapi bila Reuben tiba² upgrade ke Toyota, mereka putus kawan 🤣.

Kucing yang Otto pangku dalam gambar tu, asalnya kucing jalanan yang selalu masuk dalam garaj kereta dia. Lepas kucing tu hampir mati kesejukan terdedah kepada salji, dia terpaksa tolong jaga.

Part yang buat habuk masuk mata, pada hujung² cerita, bila Otto sudah pergi, hanya tinggal kucing tu saja di tepi katil, seolah² menunggu Otto bangun beri makan. Teringat dengan kucing² arwah datuk saya kat Limbang, kesian , terpaksa cari tuan baru 😥.

Muvi ni buatkan saya, macam Ali Baba cakap: “bukannya adinda tak tahu, sudah bertahun saya tak menangis” 😭.

Gambar dari IMBD – https://www.imdb.com/title/tt7405458/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1467937954373112/

Tulis komen: