Habis first half ramai dah nak balik

Rabu, 15 Oktober 2025, 1:50 pm
Ini bolos pertama dalam kempen kelayakan Piala Asia AFC 2027.
Aksi timbal balik di Bukit Jalil, padang sedikit lembap akibat hujan petang hari. Separuh masa pertama, walaupun penguasaan bola setinggi 80%, #HarimauMalaya nampak sedikit celaru.
Gandingan Corbin Ong dengan Faisal Halim walaupun bergerak pantas tapi seringkali tersalah passing. Lepas tu bila dah bawa dekat kotak penalti Laos, tak jumpa target man.
Seringkali gerakan serangan tak dapat diteruskan disebabkan compact defender Laos memenuhi ruang di dalam kotak penalti mereka.
Gol Laos berpunca satu rembatan pemain Laos, Shahrul Saad cuba membuat tandukan clearance tapi menyebabkan deflection yang mengelirukan Syihan.
First half ramai gabra sebab Laos tengah leading .
Malaysia terus mencuba menyamakan kedudukan sehingga sejam umur perlawanan, di mana Faisal Halim dijatuhkan betul² di hadapan gol. Di lokasi ini, biasanya Paulo Josue atau Arif Aiman yang ambil free kick, tapi Faisal membuktikan yang dia juga ada kualiti tersendiri apabila sepakan kencang tak dapat ditepis keeper Laos, yang seterusnya mencetuskan siri serangan bertali arus yang membuahkan 4 biji gol.
Romel Morales yang banyak kali mendapat bola tak dapat menterjemahkannya kepada jaringan di separuh masa pertama, kini telah menemui jalan tembus. Dia menjaringkan 2 gol, satu daripadanya dengan memperoleh assist daripada Arif Aiman.
Gol ke-4 Malaysia terhasil daripada kesilapan komunikasi pertahanan & keeper Laos, di mana gol sendiri mudah dilepaskan. Dah macam nak nangis muka pemain Laos tu, dah la diorang ramai pemain muda .
Di 10 minit terakhir, Paulo Josue dimasukkan, dan beberapa saat kemudian dia jaringkan gol ke-5, selepas dia tidak menghentikan larian untuk menolak masuk bola tepisan keeper susulan percubaan dari luar kotak penalti.
Malaysia 5 – 1 Laos (https://youtu.be/m0Gbo5qUk_o)
Game kali ini membuktikan, selagi game belum habis, selagi tu ada peluang untuk mengubah nasib .
20 Oktober 2025
Menang tapi tak dapat saksikan gol
9 Oktober 2025