Sepak bola ke langit

Selasa, 18 November 2025, 11:30 pm
Main kat stadium Malaysia sebab berlaku revolusi gen-Z kat Nepal.
Arif Aiman awal dikeluarkan sebab nampak seperti kecederaan hamstring. Ganti dengan Faisal Halim.
Safawi dapat banyak peluang tapi semua sepakan & tandukan ke langit. Mungkin kaki dia dah lari alignment
.
Malaysia buat banyak percubaan tepat, tapi pujian diberi kepada keeper Nepal yang banyak buat tepisan & tangkapan bola rembatan.
Defend Nepal buat formasi tebal di tengah. Malaysia sering menyusun gerakan dari tepi, tapi bila hantar bola ke tengah, selalu tak jumpa target man.
Gol tunggal terhasil apabila Malaysia berjaya menarik pemain Nepal untuk naik ke tengah padang, mengosongkan kawasan kotak penalti. Safawi buat hantaran pass through kepada Faisal Halim, dan Faisal 1-on-1 dengan keeper Nepal, mujur keeper Nepal salah teka arah bola sepakan Faisal.
Di hujung permainan, berlaku situasi aneh. Seorang pemain pertahanan Nepal dah dibagi kad kuning sebab menolak pemain Malaysia dalam kotak penalti. Ketika kekasaran berlaku, pengadil meniup wisel sebelum sepakan sudut diambil, jadi kenalah sepak lagi. Tapi pemain Nepal yang sama mengasari dengan cara yang sama ke atas pemain Malaysia yang sama, menyebabkan dia dilayangkan kad kuning kedua & kena buang padang. Malaysia mendapat sepakan penalti.
Dan ini kejadian aneh kedua. Paulo Josue yang pakar ambil sepakan penalti, pun menyepak bola ke langit. Takkan la kalah mental dengan keeper Nepal yang lambat² ke garisan gol untuk bersedia terima sepakan penalti.
Nepal 0 – 1 Malaysia
Secara keseluruhan, permainan ok. Walau posession sampai 82%, tapi tampak kelemahan dalam membuat finisher, asyik sepak terlalu tinggi, tersasar atau sepakan lembik yang mudah ditangkap keeper lawan. Lepas ni lawan Vietnam, kalau kena hentam banyak gol, memang padan pun.
Dah la hari ni pun baru dapat kenyataan FIFA berkenaan isu pemalsuan dokumen pemain² naturalisasi. Baca ā½Ā¹ā¾ beberapa rumusan ā½Ā²ā¾ dan ulasan ā½Ā³ā¾ daripada Axello Tacts ā½ā“ā¾, macam² hal, tu la biasa sangat main ejas² dokumen. Sebelum ni dapatlah menang ke atas Vietnam sebab ada pemain² ni yang tak jelas asal usulnya.
ā½Ā¹ā¾ https://www.facebook.com/share/p/1CirmEBJq6/
ā½Ā²ā¾ https://www.facebook.com/share/p/1BryLvMejt/
ā½Ā³ā¾ https://www.facebook.com/share/p/1RBNeTCyx5/
ā½ā“ā¾ https://www.facebook.com/share/p/1A6CS3ASbP/
Pasang tinted cermin balkoni secara DIY
8 November 2025