19 November 2021, 1:20 pm
Pemain muda JDT, Arif Aiman menjadi sebutan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF 2020. Beliau yang memberi persembahan cemerlang sehingga menjadi kesebelasan utama JDT, menolak Safawi Rasid ke senarai pemain gantian. Arif bersama 4 pemain JDT lain yang kerap mewakili negara, dikatakan tidak disenarai bagi memberi peluang mereka untuk ‘berehat’ ⁽¹⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
15 November 2021, 9:45 pm
*Kedah vs JDT*
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
11 November 2021, 5:30 pm
*Kelantan vs JDT*
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
8 November 2021, 6:45 pm
*Sri Pahang vs Sarawak Utd*
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
5 November 2021, 2:40 pm
*JDT vs Sabah*
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
31 Oktober 2021, 12:55 pm
Saingan bersambung lepas rehat 3 minggu. Juara Liga Perdana, N. Sembilan menarik diri dari saingan Piala Malaysia kerana beberapa orang pemain & pegawai disahkan positif Covid-19 ⁽¹⁾. Oleh itu setiap perlawanan dijadualkan dengan NS, pasukan lawan diberikan kemenangan percuma 3-0. Pasukan Sarawak Utd pula bakal berdepan hukuman jika gagal melunaskan tunggakan gaji pemain ⁽²⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
2 Oktober 2021, 12:45 pm
Selepas perlawanan ini, Piala Malaysia akan berehat selama sebulan, bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang akan bertemu Jordan & Uzbekistan untuk perlawanan antarabangsa Tier 1 ⁽¹⁾. Selepas itu, perlawanan akan berlangsung dengan kehadiran penonton dalam stadium.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
28 September 2021, 5:50 pm
Piala Malaysia edisi ke-95 tahun ini merupakan ulangtahun ke-100 kejohanan ini dilangsungkan. Sejak tahun 1921, Piala Malaysia (waktu itu dipanggil Piala Malaya), antara kejohanan tertua di rantau ini, pernah beberapa kali dibatalkan, khususnya semasa perang dunia ke-2 dan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
24 September 2021, 8:55 pm
Petang tadi perlawanan antara Kuching City dengan Kelantan Utd menandakan tamatnya jadual perlawanan Liga Perdana 2021, dengan Negeri Sembilan menjadi juara liga ⁽¹⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaPerdana2021
13 September 2021, 12:00 pm
UiTM & Perak, 2 pasukan yang akan turun ke Liga Perdana musim depan, mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir. Enjin lambat panas, atau pasukan lawan bagi can 😅? Kedah & Penang pula layak menyertai Piala AFC.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021
Mukasurat
11
-
14
→