Mora main dam aji 😂 + separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021

259601898_424561002447048_1741004620804151075_n.jpg

Selasa, 23 November 2021, 3:55 pm

Mora main dam aji 😂 + separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021.

Terengganu vs JDT

JDT lambat settle down pada awal permainan, tak dapat kawal bola hingga Terengganu jaringkan gol pertama pada minit ke-8, lepas tu baru ada percubaan on-target.

Assist daripada Arif Aiman bantu Bergson score gol penyamaan pada separuh masa ke-2.

Shane Lowry (JDT) bertugas menjaga Jordan Mintah (Terengganu, penjaring gol pertama), sering bertembung secara fizikal. Minit ke-70, Lowry start gaduh dengan Mintah, tapi Suhaimi Husin (keeper Terengganu) jadi mangsa headlock. Dan Shane Lowry terlepas daripada kena kad kuning 😬.

Minit ke-77, kapten Terengganu, Carli De Murga mengalami kecederaan serius selepas berlanggar dengan Bergson, team medic JDT yang dulu laju pergi memberikan pertolongan kecemasan sebelum medic T’ganu, respect ⁽¹⁾ 👍.

Di penghujung perlawanan, beberapa insiden berlaku sehingga TMJ menyebut pasal ini ⁽²⁾. Pada minit ke-88, Natxo Insa menyepak bola jauh dari tempat free kick, selepas ref tiup wisel. Tindakan protes ini boleh dilayangkan kad kuning, tapi dia bernasib baik tak kena. Pada minit ke-91 pula, Insa nampak menyiku pemain lawan, sekali lagi tak dikenakan kad kuning. Jangan cakap mata pengadil dah ngantuk sampai tak nampak kesalahan tersebut 🥱.

Keputusan

22/11
Terengganu 1 – 1 JDT
KL City 1 – 1 Melaka Utd

⁽¹⁾ https://majoriti.com.my/berita/2021/11/23/aksi-pantas-039medic-jdt039-bantu-pemain-tfc-bikin-penyokong-terharu
⁽²⁾ https://www.vocketfc.com/tmj-akui-pengadil-aksi-jdt-menentang-terengganu-tampilkan-prestasi-buruk/

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.