Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tak terpilih skuad kebangsaan, Arif Aiman bantu JDT ke separuh akhir + keputusan suku akhir ke-2 Piala Malaysia 2021

258363416_421761209393694_7789715890664242253_n.jpg

Jumaat, 19 November 2021, 1:20 pm0

Pemain muda JDT, Arif Aiman menjadi sebutan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF 2020. Beliau yang memberi persembahan cemerlang sehingga menjadi kesebelasan utama JDT, menolak Safawi Rasid ke senarai pemain gantian. Arif bersama 4 pemain JDT lain yang kerap mewakili negara, dikatakan tidak disenarai bagi memberi peluang mereka untuk ‘berehat’ ⁽¹⁾.

JDT vs Kedah

Dalam ramai pemain bintang lain seperti Leandro, De Paula & Cabrera yang gagal menembusi keeper Kedah, Shahril Saari, Arif Aiman mempamerkan kualitinya dalam perlawanan ini dengan menjaringkan gol kemenangan JDT ⁽²⁾. Setiap kali dia kehilangan bola, dengan cepat dia berusaha merampas balik kawalan bola. Kedah pula nampak lemah dalam penguasaan bola sehingga gagal mencipta peluang untuk menjaringkan gol penyamaan.

Keputusan

18/11
Melaka Utd 2 – 1 Sabah (aggr: 3 – 1)
JDT 1 – 0 Kedah (aggr: 1 – 0)
KL City 1 – 0 Selangor (aggr: 3 – 0)
Sarawak Utd 2 – 4 Terengganu (aggr: 3 – 6)

⁽¹⁾ https://www.stadiumastro.com/bola-sepak/piala-aff-cheng-hoe-jelaskan-sebab-lima-tonggak-jdt-tiada-dalam-senarai-204814
⁽²⁾ https://axello.net/lihat-aksiarif-aiman-menentukan-kemaraan-jdt-dengan-kegeniusannya/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/421761296060352/

Tulis komen: