Kedah lega ikat JDT + keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2021

241205560_419733589596456_8118172044814065_n.jpg

Isnin, 15 November 2021, 9:45 pm422

*Kedah vs JDT*

Panas perlawanan ni, bukan setakat atas padang. Safee Sali selaku presiden PFAM mengungkit isu keculasan membayar gaji pemain oleh pengurusan kelab. Katanya, takkan hari² nak lawan JDT baru gaji boleh settle ⁽¹⁾ 🤭.

Dalam perlawanan ini, banyak body contact & off ball tackle. Beberapa insiden berlaku, seperti pada minit ke-63, Baddrol Bakhtiar injured, tapi referee lambat tiup wisel, sampai hampir pemain bergaduh. Seminit kemudian, kaki Kpah Sherman angkat tinggi hampir kena muka Leandro, nasib baik Kpah tak dapat kad kuning kedua. Daripada banyak insiden sebegini, Safawi pun dapat banyak peluang buat free kick, tapi tak ada yang menjadi.

Defender Kedah, Rodney Celvin & Renan Alves cemerlang mematahkan banyak gerakan JDT. Coach Kedah, Aidil Shahrin lega dapat ikat JDT di tempat sendiri, menjadi kelebihan mengikut peraturan gol di tempat lawan.

Terengganu vs Sarawak Utd

Seperti dijangka, Terengganu beraksi dengan lebih baik, gol Sarawak Utd pun diperoleh menerusi gol sendiri. Minit ke-33, keeper Sarawak, Sharbinee Allawee menepis 2 rembatan kencang tepat ke arah gol, nampak macam Shaolin Soccer dah 😆.

Keputusan

14/11
Sabah 0 – 1 Melaka Utd
Kedah 0 – 0 JDT
Terengganu 2 – 1 Sarawak Utd
Selangor 0 – 2 KL City

⁽¹⁾ https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/11/777414/pengurusan-kelab-liga-m-lemah-safee

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/419733622929786/

Tulis komen: