Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Rak barang kebun DIY

9 Ogos 2019, 5:52 pm

Jumaat, 9 Ogos 2019, 5:52 pm0 ① – Kali ini saya cuba membina rak barangan dengan rangka A. Berdasarkan gambar, tiang di bahagian tepi akan didirikan dengan berbentuk huruf A. Cabaran di sini ialah dengan memastikan kayu rangka aras yang menyambung kedua² tiang berada dalam aras ketinggian yang sama. Jika dilihat di dalam gambar, jarak […]

Saiz standard kayu, papan dan plywood

12 Julai 2019, 6:00 pm

Jumaat, 12 Julai 2019, 6:00 pm0 Sebelum kami mula membina rumah kampung, saya tidak tahu bagaimana mengenali saiz kayu, jenis² kayu dan bagaimana untuk membelinya di kedai hardware. Bagi anda yang seperti saya dahulu, pertama sekali kita kena tahu sistem sukatan yang digunakan. Kayu² yang dijual adalah menggunakan sukatan imperial, iaitu inci dan kaki. Saiz […]

Pemasangan dinding plywood rumah kampung secara solo

21 Mei 2019, 5:22 pm

Selasa, 21 Mei 2019, 5:22 pm0 Secara asasnya, apabila memasang dinding secara solo, anda mahu dinding tersebut duduk tetap pada rangka sebelum dipaku atau diskru. ① – Untuk dinding bilik bahagian hadapan ini, ia bersebelahan dengan beranda, dan saya mahu ada sedikit ruang pada bawah dinding tersebut. Jadi di sini anda boleh gunakan apa² kayu […]

Pemasangan dinding rumah menggunakan atap metal sheet

18 Mei 2019, 5:31 pm

Sabtu, 18 Mei 2019, 5:31 pm0 ① – Ini bahagian tepi rumah, ditutup dengan plastik hitam sementara belum lagi dipasang dinding, bagi mengelak lantai plywood daripada basah terkena hujan. 2 keping atap metal sheet telah pun dipasang, kepingan kedua menutupi sebahagian tingkap. Mengikut rancangan, saya hanya perlu pasang metal sheet pada dinding kemudian mengerat bahagian […]

Lubang angin (dinding rumah kampung)

14 Mei 2019, 5:15 pm

Selasa, 14 Mei 2019, 5:15 pm0 (Lubang angin? Ish, lain macam jak bunyi tu ) ① – Ini bahagian dinding rumah kampung kami yang bersebelahan dengan bahagian beranda. Bahagian ini pada mulanya saya mahu dinding habis tanpa tingkap. Tapi selepas berfikir balik, memerhatikan pergerakan angin yang bergerak dari tepi rumah dan kedudukan orientasi rumah (tepi […]

Cara pasang dinding rumah secara solo

10 Mei 2019, 4:55 pm

Jumaat, 10 Mei 2019, 4:55 pm0 Dinding rumah kampung kami menggunakan atap metal sheet atau atap standard ikut bahasa orang kampung. Bahagian dinding yang mudah terkena hujan akan menggunakan atap, manakala selebihnya menggunakan plywood waterproof. ① – Saiz atap ini adalah 7’ panjang dan lebar piawai 32”. Untuk mengangkat atap ini ke rangka dinding rumah, […]

Sangkar anak ayam kalis tikus

4 Mei 2019, 10:10 pm

Sabtu, 4 Mei 2019, 10:10 pm0 Ini projek penternakan ayam kampung yang saya lakukan di rumah mertua bermula Februari tahun lepas. Setakat ini telah berjaya menjual lebih 26kg daging ayam kampung. Ayam² diternak di sekitar rumah secara lepas. Makanan yang diberi adalah jenis dedak kasar, termasuk sisa makanan dari rumah. ① – Anak ayam pula […]

Gambar dekat sambungan kayu rangka dinding

7 April 2019, 6:33 pm

Ahad, 7 April 2019, 6:33 pm0 ① – Rangka pada lantai, disambung menggunakan paku 3”, dan kayu menegak menggunakan paku 2”, dipasang pada tiga sisi kayu ② – Sambungan rangka kayu tegak pada gelegar bumbung, juga menggunakan paku 2” pada tiga sisi. Pemasangan kayu tegak (stud) ini secara tidak langsung menguatkan kayu gelegar bumbung yang […]

Rangka dinding bertingkap

6 April 2019, 7:00 pm

Sabtu, 6 April 2019, 7:00 pm0 1 – Untuk rangka dinding yang ada mempunyai lubang tingkap, jarak antara kayu rangka adalah bergantung kepada luas tingkap yang diingini. Bagi tingkap ini, saya mahu pasang tingkap satu daun, dan lebar bukaan adalah dalam lebih kurang 2’ 2 – Kemudian kayu melintang dipasang untuk melengkapkan rangka. Tinggi tingkap […]

Rangka dinding bilik

5 April 2019, 5:23 pm

Jumaat, 5 April 2019, 5:23 pm0 Sebelum memasang dinding, rangkanya kena buat dahulu. Saya pilih bahagian dinding yang tiada tingkap untuk dibuat dahulu sebab ianya yang paling mudah untuk dikerjakan. 1 – Kayu 2×2 dipasang di atas lantai pada perimeter bilik, ia dipaku ke tiang dan gelegar lantai. Bagi lantai yang tiada kayu rangka di […]